Naim Menangi Segmen 24 Jam Bloglist #37

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 05, 2020
kredit https://www.mialiana.com/

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahab at semua. Naim harap semua baik-baik belaka, bersama keluarga tercinta. Jangan di lupa untuk sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad. Kerana berselawat dapat memberi pahala kepada kita jua kembali. Kita berdoa semoga di akhirat kita mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad.

Pagi ini rezeki Naim sekali lagi tercalon sebagai bloglist dari kak Mialiana di dalam segmen beliau iaitu Segmen 24 Jam Bloglist #37. Blog Naim berserta sahabat-sahabat yang lain berada bloglist sehingga bulan September 2020. ALhamduillah, kerana ia akan memberi satu kelebihan kepada blog yang kerdil ini mendapat backlink daripada user-user yang baharu untuk datang ke blog kita sendiri.

Naim ada perasaan beberapa bulan yang lepas , sejak sertai pelbagai segmen dari rakan-rakan blogger traffik ada naik sedikit. Nak tunjuk pun, rasa segan kerana tidak sehebat rakan-rakan blogger yang lain . Yang mampu sehari dapat pageviews 1k lebih. Ia tidak memberi kesan negatif kerana ia memberi satu anjakan paradigma kepada diri ini.

Yang utama di dalam sertai satu-satu segmen adalah  mendapat rakan blogger yang baharu. Dan boleh kita back-link semula traffik secara tidak langsung. Nak cakap banyak pun, Naim masih amatur walhal sudah berada di dalam dunia blogger hampir 10 tahun. Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa istiqamah tatkala dunia blogger semakin ditinggal dan mereka mencari platform yang lebih mudah senang kepada diri mereka.

Akhir sekali, terima kasih kepada penganjur segmen iaitu Kak Mia. Semoga lepas ini ada segmen sebegini, Insha Allah Naim akan join selalu. hehe..

SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS