Kluster Sivagangga Bertambah Kes Baharu

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 02, 2020


Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Pada sedia maklum sebelum ini Naim ada sentuh tentang Kluster Sivagangga ini pada artikel sebelum ini. Dan pada hari ini , ada penambah kes baharu iaitu 11 kes baharu yang di catatkan. Ini membuatkan  jumlah keseluruhan adalah 19 kes daripada daerah Kubang Pasu dan Padang Terap adalah daerah baharu kes .




Ini membuat keadaan menjadi gelisah kan, tidak tahu jejak mereka tinggalkan selama mereka sudah positif COVID-19 ini. Hanya kepada Allah kiat memohon perlindungan dari Maha Esa semoga memelihara kita semua terkena COVID-19 ini. Pada waktu sama Menteri Besar Kedah, telah memutuskan  beberapa daerah akan melaksanakan  'Targetted Enhancement Movement Control Order' (TEMCO)

Dan beberapa sekolah akan di tutup bermula esok iaitu 3 Ogos sehingga  30 Ogos 2020 untuk keselamatan pelajar sekolah. Sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa.Selain itu, satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap turut diarahkan untuk ditutup.


Bersama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 . 

Sumber rujukan :- http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kluster-sivagangga-kedah-laksanakan-temco-5-buah-sekolah-ditutup-253707
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Semoga kita semua mampu memutuskan covid 19 dengan segera.

    BalasPadam
  2. allahuakhbar.. seramnya tengok kes meningkat.
    semoga Allah lindung kita semua sentiasa.. ikut SOP dan peraturan. insyallah kita boleh bendung bersama..

    BalasPadam
  3. lagi tak jumpa vaccine, lagi tu kita menderita :(

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS