Jangan Politikkan Kedaulatan Negara

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 21, 2020

kredit : Majlis Keselamatan Negara

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sahabat semua. Malam ini Naim ingin berkongsi sedikit pandangan peribadi kejadian baru sahaja apabila salah seorang ahli politik bermain isu di Lahad Datu beberapa tahun dahulu kerana percerobohan tentera Sulu dan mengorbankan  anggota tentera dan polis. Sebelum itu, mari kita sedekahkan surah al-fatihah. Agar roh mereka aman di sana.

Tersebar satu video di mana ahli politik itu di dalam pasca kempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah tidak lama lagi.  Naim malas nak tempek video kerana geram dengan telatah ahli politik ini. Dan Naim ingin katakan Kedaulatan Negara bukan benda untuk di buat main-main dan ia bukan di dalam permainaan komputer seperti Counter-Strike tak pun Red Alert. Ini melibatkan keselamatan Negara kita yang tercinta iaitu Negara Malaysia.

Jika merasai tidak selesa berada di negara Malaysia boleh tidak tinggal di negara Malaysia dan boleh pilih negara yang anda rasai selamat di dalam ucapan anda tersebut.Pasukan keselamatan mempertaruhkan nyawa untuk melindungi dan mempertahankan negara dan rakyat. Meninggalkan keluarga tersayang dan keselesaan untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara. 

Di samping itu, Angkatan Tentera Malaysia menjawab kenyataan dari ahli politik tersebut :-



Akhir sekali, Naim harap tidak ada kenyataan tidak waras mana-mana ahli politik yang ada berada di Malaysia. Selaku warganegara Malaysia kita kena sentiasa menghormati para frontliner menjaga pembatasan negara tatkala kita sedang happy bersama keluarga. Ada di antara mereka tidak jumpa ister dan anak-anak bulan-bulan asbab tanggungjawab kepada negara. 

Mengakhir entri ini Naim sertai lagu best untuk anda...

SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS