Suasana Di Bandar Kota Setar

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 12, 2020
KREDIT FB Aduan Rakyat Kedah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Melihat pada gambar di atas adalah suasana di ibu negeri Kedah , iaitu Kota Setar dan di gambar tu nampak jelas masyarakat alor setar mematuhi S.O.P yang telah di tetapkan kerajaan pusat.  Dan melihat statik kelmarin negeri Kedah mencatatkan 14 kes yang baharu.

Daripada 14 kes itu adalah sebahagian dari Kluster Sungai yang kes positif kebanyakkan dari orang dari Kota Setar sendiri. Ini meresahkan penduduk yang berjiran dengan Kota Setar. Sebagai contohnya Kubang Pasu merupakan jiran terdekat kepada daerah Kota Setar dan kelmarin juga kes baharu di Kubang Pasu.


Berikutlah statik kelmarin meningkat kes baharu di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.Harapan tinggi kepada semua penduduk khususnya yang berada PKPD Pentadbiran agar sentiasa mematuhi S.O.P yang telah di tetapkan oleh kerajaan. Kerana sikap cuai dan lalai kita akan mengundang masalah kepada diri kita, keluarga hatta masyarakat setempat.

Kerana wabak ini tak nampak di mata kasar . Ia merebak dengan cepat jika kita lupa akan kebersihan diri. Dan waktu yang sama jangan lupa install MySejahtera dan sentiasa menulis nama dan no telefon jika pergi Pasar Raya. Dan pilih waktu hendak membeli makanan. Jangan pergi di kala orang ramai kerana kita tidak tahu siapa yang membawa wabak ini.

Akhir sekali, jangan lupa berdoa kepada Allah semoga ALlah mengampun dosa-dosa kita semua asbab wabak ini. Dan jaga di lupa solat sunat hajat setiap hari agar Allah mengangkat wabak ini. Dan kita akan kembali normal di dalam kehidupan. Berdoa jua agar diri kita serta ahli keluarga hatta masyarakat setempat tidak berjangkit dengan Covid-19 ini. Insha Allah.

SHARE 10 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS