Hotspot MySejahtera- Memudahkan Mengenai Pasti Penularan Covid-19

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 14, 2020


 



Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat blogger semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta dan jangan di lupa sentiasa menjaga kebersihan diri agar terhindar dari wabak Covid-19 ini.  Dan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad kerana berkat berselawat, Allah memudahkan urusan seharian kita.

Sebelum ini, Naim pernah menulis berkaitan Aplikasi MySejahtera Memudahkan Urusan KitaMySejahtera Check-In dan Aplikasi MySejahtera Boleh Masukkan Ahli Keluarga Sekali?. Pagi ini Naim nak share pasal MySejahtera di dalam kegunaan HotSpot


Hotspot tracker di MySejahtera menunjukkan kawasan hotspot di sekitar 1km radius dari kawasan carian.Ia TIDAK menunjukkan bilangan kes atau premis secara spesifik.Seperti gambar di atas ini klik di bahagian hotspot dan masukkan kawasan anda duduki. jika ada kes penambahan kes , di bawah itu akan tertulis ayat sebegini .



"HI Muhammad Naim, there have been reports of COVID-19 case (s) within a 1 km radius from your location in the last 14-28 days"

Bagi Naim secara peribadi, MySejahtera ia memudahkan urusan seharian untuk merancangkan perjalanan antara satu-satu kawasan. Jika ada kawasan red zone  anda di nasihat tidak sewenang-wenang masuk kerana takut di jangkitan Covid-19 kecuali ada surat pelepasan dari pihak polis.

Naim nasihat kepada semua, agar install aplikasi ini di telefon masing-masing kerana ia memudahkan urusan seharian anda dan jika masuk ke kedai just scan sahaja. Kerana pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia cipta aplikasi ini supaya masyarakat lebih bertanggugjawb jika kunjungi satu-satu tempat dan scan MySejahtera.

Akhir kalam, Naim berharap semua berhati-hati kerana kita sudah masuk kepada gelombang ke-3 di dalam menghadapi pendemik Covid-19. Dan kepada sahabat-sahabat yang berada zone PKPB ( Perintah Kawasan Pergerakan Bersasar) sila patuhi arahan dari pihak frontliner. Keluar seorang sahaja untuk membeli keperluan harian dan keluar untuk urusan penting sahaja. Bersama-sama kita menjaga kesihatan masing-masing.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Dah kena ambil Raju dah sebab skrg keadaan tgh teruk

    BalasPadam
  2. aida pun guna kan hotspot ni.
    maklumlah, di melaka kes 1 hari 1.
    sikit, tapi still kena waspada, kan.
    ini membantu sgt. terbaik!

    BalasPadam
  3. iena pun gunakan hotspot apps mysejahtera nk tau kawasan kita pergi tu ade kes ke tidak..dekat rumah pun boleh cek

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS