Jangan Balik Kampung Ketika Ini- Bertanggungjawab Kah Kita?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 13, 2020

kredit Public Health Malaysia


Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sahabat semua. Malam ini Naim hendak nasihat kepada semua orang di luar sana. Jika kita berada di red zone di nasihatkan tidak pulang ke kampung halaman masing-masing kerana kita takut wabak ini lebih cepat merebak dengan sikap tidak bertanggungjawab.

Kerana baru-baru ini negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur telah melaksana PKPB selama dua minggu ini membuat orang ramai panik dengan situasi ini dan rasa mereka berada di penjara ke? Jangan kita buat perangai tidak cerdik tatkala kita pulang ke kampung halaman kita sudah melanggar arahan daripada kerajaan supaya stay at home di kawasan anda tinggal. Kita tidak tahu siapa yang membawa wabak ini. Jika kita pulang ke kampung halaman dan waktu yang sama kita wabak ini ia akan merebak kepada ibu bapa kita.

 ini menjadi kes yang tragis , kerana warga emas adalah sasaran mudah oleh wabak Covid-19 ini, kerana wabak ini senang menyerang warga emas yang mana ada penyakit kronik seperti contohnya Darah Tinggi, Kencing Manis dan banyak lagi . Oleh itu, jangan kita lakukan perkara yang tidak waras pada waktu ini.Bukan kah kita biasa menghadapi pendemik ini pada awal bulan MAC tempoh hari stay at home bersama keluarga tercinta.
 

Kerna ada hadis daripada Baginda Nabi Muhammad dan serta firman Allah di dalam Quran marhumnya :-

a. Dari Abdul Rahman bin 'Auf, bahawa Rasulullah saw bersabda "Jika kamu mendengar penyakit wabak melanda di suatu kawasan, janganlah masuk ke kawasan tersebut. Dan jika kamu berada di kawasan tersebut, janganlah kamu keluar dari situ." 
[Riwayat al-Bukhari, no. 5728. Sahih]
.
b. Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
[Surah al-Baqarah, ayat 216]
.
c. Allah berfirman: "Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan-kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan-kemudahan".
[Surah al-Insyirah, ayat 5-6]


Di samping itu, banyakkan berdoa kepada Allah semoga wabak ini segera di angkat oleh Allah. Kerana kita beriman kepada Qada dan Qadar kerna wabak ini datang dari Allah dan ia akan kembali kepada Allah jua. Kita sedang maklum setiap orang terkesan dengan wabak ini dan kehidupan seharian kita berubah kepada 360 darjah. 

Sebelum ini tidak terfikir untuk keluar rumah untuk pakai pelitup hidung dan muka ( mask ) dan sentiasa membasuh tangan dengan sabun tatkala pulang rumah dan pakaian yang di pakai akan terus di rendam dengan sabun pencuci. Inilah norma baharu. Jika solat di surau dan masjid ada jarak antara 1 meter dan ia sentiasa di ingati oleh pegawai-pegawai masjid. Masuk satu-satu kedai check suhu dan scan MySejahtera sebagai check-in . Inilah norma baharu kita akan hadap pada tahun -tahun mendatang. Naim pernah terdengar di televisyen mengatakan kita kena bersedia untuk hidup dengan covid-19 bersama. Ini kes sangat berat dan di uji terlalu berat. 

Akan tetapi , ada hikmah yang Allah hendak berikan kepada kita semua. Allah akan menguji satu-satu hambaNya setakat mana kemampuanya. Terus bersabar dan panjatkan doa untuk ke redhanNya..

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Ada jugak yang balik kampung rasanya... byk sebab diorg terpaksa balik mungkin takde yang jaga anak dan diorang perlu bekerja krn frontliner... kita doakan covid ni cepat pupus dari muka bumi ni dan kita pun dpt hidup normal tanpa fobia dan paranoid spt sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab itulah terjadi Kluster Sungai di Kedah baru-baru ini. huhu.. Ya semoga wabak ini di hapus oleh Allah

      Padam
  2. setengah org, igtkan itu adalah holiday padahal dia tak sedar dia tu pembawa virus kan.. hmm hope tadak yg selfish mcm ni

    BalasPadam
  3. Setuju sgt. Duduklah diam2 dlm daerah jgn keluar

    BalasPadam
  4. ada yg balik kg anta anak bini. alasannya ialah lebih mudah si ayah tu hidup sendiri ketika pkp. aduhai. then, sebab takot pkp berlanjutan lagi dan lagi, sukar utk anak-anak plak.
    hmmmm ntah hape-hape punyer alasan. kita mana la tau kita ni positif ke tidak.
    kes di Melaka minggu ni, balik kampung dari selangor, attend kenduri kawin. sedangkan dia sepatutnya kuarantin kat rumah di selangor kerana swab ke2 lom keluar result. tup tup sampai kampung, dah berkenduri kendara bagai, spital call inform dia positif.
    Allahu Akbar. tak ke menyusahkan org?

    BalasPadam
  5. kita tak tahu bila balik kampung tu kot2 kita jadi pembawa. dah satu hal pula nanti kalau tiba-tiba merebak ke sana.. moga kita semuanya dilindungi...

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS