Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Naim harap semua sahabat-sahabat baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Jika kita sebut pasal perihal Ketenangan. Ramai akan memilih sesuatu yang mudah dan senang kiya lakukan. Sebagai contoh melihat kehijauan alam semesta. Naim sendiri tatkala melihat kecantikan alam ini yang pasti timbul ketenangan.

Percayalah alam ini memberi gambaran hebatnya ciptaan Ilahi. Jika kita selami setiap ciptaan yang Allah ciptkan di atas bumi ini. Nescayalah terbit di bibir kita dengan kalimah Subbna Allah di atas kebesaran Allah yang merasai kerdil sebagai hamba kepada Tuhan Yang Esa. Setiap ciptaan Allah ada nikmat kepada seisi bumi ini kerana ia sangat membantu satu sama lain. Sebagai contoh kita dengan tumbuhan. Kita perlu oksigen manakala tumbuhan perlu Karbon Dioksida. Jika silap mohon tegur Naim, kerana lama dah tinggal bidang sains. Secara teori sebegini lah.

Naim percaya sahabat-sahabat blogger suka melihat kecantikan alam semula jadi seperti waktu pagi pabila sang menteri terbit dan sang menteri terbenam di ufuk barat. Di waktu tu jua sang burung terbang dengan riang sekali.Di tambah pula, suasana sawah padi yang dapat memberi satu ketenangan. Sebagai contoh di atas gambar adalah suasana kampung sekitar rumah Naim sendiri. Jika ada masa akan naiki motor melihat suasana sawah padi untuk mencapi ketenangan diri. 

Maklumlah diri manusia , akan saban hari akan menerima energi negatif. Diri kita kena recharge kembali tenaga positif kepada diri sendiri. Kerana terlampau banyak energi negatif membuat diri kita tidak bermaya , lesu dan malas. Sebab itu banyak kerja akan tertangguh. Jangan layan perasaan malas ia akan mempengaruhi diri kita semua sahabat-sahabat.

Akhir kalam Naim tinggalkan lagu nasyid klasik dari kumpulan Alarm Me yang bertajuk Indahnya Alam. Semoga semua terhibur, Naim serta sekali dengan lirik nasyid.



LIRIK

Subhanallah
Indahnya alam ciptaan Tuhan
Alangkah damainya di tepian pantai
Di situ terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah
Bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu
Pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya alam ciptaan Tuhan
Alangkah damainya di tepian pantai
Di situ terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah
Bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu
Pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Alangkah besarnya nikmat-Mu
Pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Besarnya nikmat-Mu
Pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya bintang begemerlapan
Meriahkan malam yang kesunyian
Mergastua warnai alam maya
Mengalunkan madah mengakui
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Ya Allah

6 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. Bestnya nikmati hijau keindahan alam ciptaan Allah. Memang sangat menenangkan. Waktu itu, kita pasti akan rasa syukur yang tak terhingga atas segala nikmatNya

    BalasPadam
  2. tenang nya tengok gambar atas tu hehe

    BalasPadam
  3. subhanallah indahnya ciptaan Allah

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas peringatan ya.

    Semoga semuanya dapat manfaat.

    BalasPadam
  5. kalau tgk tenung..tenang sahaja keindahan alam ni..

    BalasPadam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama