Media Sosial Penuh Budaya Toksik- Siapa Silap Manusia Atau Aplikasi

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 22, 2020


 Assalamualaikum dan selamat petang semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Kita terus kepada mengupas perihal media sosial pada zaman sekarang menjadi kegilaan ramai terutamanya remaja-remaja belasan tahun. Semua sedia maklum media sosial ini merangkumi Facebook, Twitter, Instagram dan beberapa aplikasi terbaharu Bigo Live dan TikTok. Dari kelima-lima aplikasi ini yang manakah  membawa kepada kerosakan akhlak manusia. Atau manusia yang bersikap 'kurang rasa malu' yang merosakkan diri sendiri. Insha Allah , jom kita merungkai satu per satu masalah tersebut.

Sebut sahaja aplikasi yang Naim nukilkan di perenggan di atas, di katakan semua sahabat-sahabat ada. Sebagai contoh, Naim pun ada Facebook, Twitter dan Instagram.Tetapi ia menjadi masalah pabila kita menyalahkan guna pakai aplikasi tersebut. Naim lihat anak muda terutama wanita dah hilang malu mengayakan aksi mengghairahkan di dalam tiktok kemudian di share di dalam akaun peribadi dalam Instagram. Ia menggundangkan pelbagai komen dan prasangka tidak baik. Tidak mungkin  ia boleh menjadi mangsa orang kurang siuman (gila seks).


Fikirkan semua sahabat-sahabat. Pabila kita sudah lanjut usia? Malu akan terbit tetapi ia mengundang rasa menyesal yang menebal kepada diri kita semua. Berhati-hati sekarang. Kerana maruah kita terlalu mahal. Islam datang membawa rahmah akan tetapi segelintir ia menjual dengan harga terlampau murah.

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri" - Hijjaz Puteri Ku Sayang..

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. tu la..bila tak digunakan dengan sebaiknya

    BalasPadam
  2. Sama-samalah kita jaga diri supaya tidak terjabak dengan perkara-perkara yang mendatangkan keburukan. InsyaAllah

    BalasPadam
  3. for me la kan , everything has to blame with individual :)

    BalasPadam
  4. dulu saya stop kejap pakai media sosial sebab banyak isu negatif yg orang suka share. media sosial sebenarnya nampak negatif bila ramai yg salah guna. so depend pada individu macam mana nak guna benda ni :) ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS