Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat. Bertemu kembali kita di hari penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat yang barokah. Naim harap kalian semua baik-baik belaka keluarga tercinta. Jika yang bekerja semoga Allah merahmati kalian di bawah rahmat Ilahi, Insha Allah!.

Berselawat ini juga dapat menenangkan fikiran dan jiwa. Tambahan pula kita berada zon stress dan serabut dengan keadaan sekarang pasca Covid-19 ini. Dengan pelbagai masalah kian timbul , percayalah dengan berkat berselawat ini dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul pada setiap yang bernama manusia. Sahabat-sahabat semua, selawat ini dapat memberi ganjaran pahala kepada yang sering berselawat. Kerana ada hadis Baginda Rasullah iaitu :-

" Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)] "

Oleh itu demikian, jangan kedekut untuk berselawat kepada Nabi Muhammad kerana berkat berselawat kepada Nabi Muhammad , kita akan mendapat berkat di dunia sudah dapat tambahan di akhirat kelak kita dapat syafaat dari Rasullullah. Yakin dengan kepada Allah, ubat rohani kena sentiasa update kerana jika kurang santapan rohani bisikan syaitan akan merasuki jasad kita untuk melanggari perintah Allah.


Akhir sekali, Jangan lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad dapat pahala dan ganjaran yang sangat besar kepada umat Baginda Nabi Muhammad.

7 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. Ketika Naim terangkan, saya baru teringat untuk berselawat.

    BalasPadam
  2. amin amin, moga Allah perkenankan doa kita smua

    BalasPadam
  3. memang kena basahkan lidah dgn zikrullah selalu.

    BalasPadam
  4. Tq Naim. Besar ganjaran bila kita melazimi berselawat ni kan. Bukan hari Jumaat jer, kalau boleh perbanyakkan berselawat pada hari-hari lain juga.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas peringatan.

    Semoga memberi manfaat kepada semua.

    BalasPadam
  6. Semoga zikir dan selawat sentiasa di bibir kita

    BalasPadam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama