2020 Penuh Dengan Pelbagai Ragam- Bagaimana 2021 Pula?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 31, 2020

 

kredit google image

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat. Malam terakhir pada tahun masihi 2020. Lepas ini tahun 2021 akan menjelma dan kita pasti semua lapisan masyarkaat impikan kehidupan kembali normal dan sedia kala daripada wabak Covid-19 ini. Yang pasti tahun 2020 membawa satu norma baharu di dalam kehidupan kita semua. Kalau dahulu kita semua termasuk diri Naim sendiri kurang menitik berat kepada kebersihan diri. Tapi kali ini akan sentiasa membasuh tangan dan akan mencuci badan selepas kembali di kawasan yang sesak. Nikmat yang  Allah berikan kepada kita semua di akhir zaman ini. Bukan mudah untuk hadapi tetapi kekuatan ini di beri kena sentiasa berjuang demi kelangsungan hidup. Yang pasti kita kita berserah kepada Allah agar wabak ini segera lenyap di muka bumi ini.

Entri ini mengimbau kembali apa yang telah berlaku sepanjangan kehidupan kita pada tahun 2020 di dalam kehidupan Naim sendiri. Yang pertama Naim kehilangan tok ( nenek) kerana di jemput kembali kepada Ilahi. Sesungguhnya yang hidup pasti akan merasai kematian. Boleh baca entri ini (https://pemudattbc.blogspot.com/2020/03/damailah-tok-di-sana.html).

Seterusnya kita sudah masuk gelombang pertama Covid-19 yang mana kita berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan di bulan Ramadhan dan Syawal. Yang mana orang perantauan tidak dapat balik ke kampung halaman termasuk abang-abang Naim yang berada di Perlis kerana semua jalan utama dan lorong tikus semua di tutup. Yang paling syahdu di waktu itu semua surau dan masjid sunyi sepi dari orang ramai datang untuk  solat terawih berjemaah. Tapi kita ini memberi kelainan kepada diri Naim hatta masyarakat di mana semua akan menjadi satu iktibar kepada semua. Video di bawah pada pagi 1 syawal balik ziarah bapa saudara hehe


Yang pasti suasana kampung tak meriah kerana orang ramai tak pulang ke kampung kerana sekatan dan menjadi sunyi sepi. hehe

Selanjutnya di dalam norma baharu kita kena sentiasa memakai mask dan kena menulis nama dan suhu tiap kali masuk ke kedai hatta tempat sesak. Naim pernah menulis berkisar covid-19 tentang aplikasi MySejahtera iaitu :-




ketiga-tiga artikel ini memberi traffik yang sangat tinggi pada bulan Ogos yang dahulu kerana aplikasi MySejahtera telah di upgrade yang mana ada history check-in yang pernah kita lawati.

Akhir sekali, lagu frasa Covid-19 yang mana ada pelbagai lagu-lagu yang timbul kerana kreatif rakyat Malaysia di dalam Work From Home ini. Semasa PKP berlangsung Roti Gardenia memang sold-out kerana habis di beli. Hatta Naim pergi kedai seawal 7 pagi sudah habis. Hebatnya penangan Covid-19. Jom layan mengimbau kenangan.


Dan akhir ucapan Perdana Menteri di lagu remixkan seperti ini


Itu sahaja coretan tahun 2020 bagi diri Naim sendiri. Anda cam mana pula, Naim rasa sama sahaja kan. Apa perancangan tahun 2021 ini. Naim harap satu sahaja yang Naim titip kali di dalam blog ini. Semoga Covid-19 ini segera lenyap di muka bumi ini. Insha Allah.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. In Shaa Allah, tahun 2021 akan membawa sinar bahagia kpd kita semua.

    BalasPadam
  2. Xinnian Kuaile! Selamat Tahun Baru!

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru. semoga dipermudahkan urusan naim untuk tahun baru ni :)

    BalasPadam
  4. Moga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya...

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS