10 Day You Challenge- Two Songs

in , by Muhammad Naim Abdullah, Februari 17, 2021


 

 Assalamuaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat. Pada malam ini Naim menyambung kembali untuk cabaran seterusnya. Yang pasti  cabaran kedua ini agar mencabar untuk memilih yang terbaik. Pada cabaran kali ini ia bertajuk Two Songs.

Dua lagu untuk cabaran ini memang agar sukar kerana Naim ada banyak lagu Naim minat. Tak mengapa , Naim share lagu  yang memberi nasihat dan pengajaran kepada semua sahabat-sahabat. Untuk makluman semua sahabat-sahabat , Naim cukup memilih lagu ia berdasar kepada lirik sahaja. Bukan kerana viral sahaja atau artis youtube. Percayalah artis lahir dari youtube kebanyakkan mereka adalah sementara kerana lirik mereka tidak sampai ke pendengar. Kekadang lagu tak tahu punca dan terus habis begitu sahaja. Naim biasa dengar lagu artis muda lahir di youtube, Naim kekadang mengambil masa untuk memahami lirik lagu tersebut, dan akhirnya Naim memilih lagu lain. 

Nyanyian di recording dan nyanyian secara live perkara berbeza, ada di recording sangat sedap kerana mengambil proses editing sangat tinggi walhal suara tak sedap mana pun dengan teknologi serba canggih. Easy to editing. Anda semua boleh menilai kenapa lagu dan penyanyi zaman 80an sehingga 2000an kekal relevan sehingga kini . Cukup Naim berikan dua contoh iaitu Sifu M.Nasir dan Dato Hattan. Sehingga kini lagu mereka masih berkemundang di corong-corong radio dan ia menjadi pilihan masyarakat di youtube jua.

Kembali kepaa landasan entri asal. Insha Allah  Naim akan share lagu pilihan untuk cabaran kali ini. Lagu yang pertama ia gabungan dua genre  dan gabungan sifu di dalam dunia muzik manakala lagi satu artis rapper datang dari underground dan kini mula di gemari oleh masyarakat awam. Lagu tersebut adalah.. :-

1) Kmy Kmo, Luca Sickta dan M.Nasir- Zuhud.

Lagu ini adalah pilihan Naim untuk cabaran kali ini kerana lirik lagu Zuhud ini memberi satu satu cerita di dalam lagu. Bukan mudah dan sukar mendapat gabungan antara rapper dan Sifu M.Nasir. Naim pernah post pasal lagu ini berserta lirik tanpa ulasan lagu ini kerana  aga sukar untuk 'membedah lirik' lagu tersebut. Jika hendak layan lirik boleh pergi di sini ( https://pemudattbc.blogspot.com/2019/12/kmy-kmo-luca-sickta-ft-mnasir-zuhud.html? ). Jika siapa yang masih belum mendengar lagu ini boleh klik pada gambar di atas ini.

Untuk lagu kedua pula, ia masih di dalam genre rapper jua . Naim tertarik kepada lirik lagu tersebut kerana sangat mendalam . Sampai di hati sampai berulang-ulang mendengar lagu tersebut. Lagu tersebut nyanyian oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu tersebut yang berjudul Nekad.

2) Kmy Kmo feat Luca Sickta-Nekad


Ini sahaja dua lagu untuk cabaran kali ini. Yang pasti kenapa Naim memilih lagu ini. Antara sebab adalah lirik lagu sangat monolog dan metafora. Naim cukup minat satu penceritaan di dalam lagu kerana ia sangat dekat. Kekadang masyarakat lebih suka lagu yang ringan dan santai untuk di dengari. Tapi lagu itu boleh di ibarat mengisi air di dalam bekas kosong tetapi tidak di minum air tersebut. Lagi satu Kmy Kmo adalah pelapis rapper yang membawa hala tuju genre hip hop kepada lebih baik. 

Next cabaran akan lebih menarik lagi, Nak tahu kan. Sila tunggu..
SHARE 5 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS