5 Daerah Di Kedah Melaksanakan PKP

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 30, 2021

sumber Telegram MKN

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua sihat belaka dan yang paling penting bagaimana amalan di bulan Ramadhan setakat ini? Naim harap semua bersungguh-sungguh beribadah kerana Ramadhan sudah hendak masuk frasa terakhir. Jangan lepas peluang keemasan ini.

Ini satu perkara yang agar terkejut kerana di negeri Kedah amnya beberapa daerah akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Kota Setar,  Kuala Muda, Baling, Bandar Baharu dan Kulim selama 2 minggu bermula 1 Mei Hingga 14 Mei 2021. Kalau tak silap Naim 14 Mei jatuh pada hari raya. Ini lagi syahdu  sambut Hari Raya duduk di rumah sahaja.  Akan tetapi pihak kerajaan negeri buat yang terbaik demi menjaga keselamatan rakyat negeri Kedah khususnya. Bersabar sedikit ujian yang mendatang ini.

Manakala di daerah Naim diami iaitu Kubang Pasu masih status zon Kuning. Akan tetapi masih bersebelahan dengan daerah Kota Setar sahaja. Jujur Naim cakap selama 18 Ramadhan ini baru 3 kali sahaja masuk Bazar Ramadhan. Selepas itu mula berkurang pergi kerana terlalu ramai orang. Tidak salah hendak membeli juadah untuk berbuka puasa. Kalau boleh cukup satu orang sahaja sebagai wakil keluarga. Ini masalahnya yang timbul budak-budak bawah 10 tahun ibu bapa turut bawa sekali.

Covid-19 boleh turun tak pabila Syawal menjelang?

Satu persoalan yang masih bermain di fikiran Naim jua. Kita tak boleh menduga apa yang akan berlaku pada masa hadapan . Tetapi kita boleh bersedia masa sekarang dengan banyakkan berdoa kepada Allah. Ia salah satu kaedah yang ampuh membasmi wabak ini makin menjengah di dalam tubuh kita. Di bulan yang mulia better kita banyakkan bersangka baik kepada Allah dan menyesal setiap apa yang pernah kita lakukan. Macam sebelum ini pernah Naim cakap, kekadang wabak yang hadir di muka bumi adalah kesalahan dan dosa-dosa kita yang lampau. Kita tak tahu kudrah Ilahi menurunkan wabak ini adalah untuk mempermudahkan urusan kita di akhirat kelak?

Bermula 10 malam terakhir Ramadhan, bersama-sama kita bermunajat kepada Allah semoga wabak ini segera berlalu di muka bumi. Kerana kita semua tidak mampu berlawan dengan S.O.P yang kita laksanakan . Tetapi doa adalah salah satu senjata paling kuat bagi umat Islam. Yang penting jangan berputus asa dengan Allah sahabat-sahabat semua.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. In shaa Allah kalau kita semua patuh SOP, kes boleh turun macam dulu.
    Kita semua, tak kira pangkat, usia, jantina dan status.
    Doa banyak banyak di 10 hari terakhir ramadhan ni, moga moga Allah perkenankan. Aamiin.

    BalasPadam
  2. samalah, saya kat kubang pasu juga tapi bila kota setar pkp ni macam hmmm hahahaha pi jitra jelah :(

    BalasPadam
  3. alahai memang sedih la citeee dia.. dengar2 negeri2 yang kes tinggi akan pkp gak.. huhu

    BalasPadam
  4. terkejut sbb baling pun kena hmmmm

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS