Persiapan Ramadhan- Syeikh Zainul Asri Hj Ramli

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 20, 2021


 


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua baik-baik belaka di mana sahaja anda berada. Jangan di lupa berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad dan sentiasa menjaga kesihatan tatkala pendemik Covid-19 masih aktif lagi.

Pada pagi ini, Naim share tazkirah Syeikh Zainul Asri berkisar persiapan Ramadhan. Sebut sahaja Ramadhan Naim anggap semua muslim akan merindui bulan yang mulia Ramadhan Kareem. Bagaimana persiapan kita untuk berada di dalam bulan Ramadhan. Dan hari ini adalah 8 Ramadhan sudah, bagaimana 7 hari yang lepas kita berada di dalam bulan Ramadhan. Jika Naim  ada sedikit kecewaa kerana tak sihat dengan  cuaca kekadang panas dan hujan ini membuat badan tak stabil.

Kita doakan bulan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Kerana tidak tahu bagaimana Ramadhan tahun hadapan sama ada kita di beri keizinan lagi untuk bersama Ramadhan atau sudah di jemput kembali kepada Allah. Oleh itu, Naim memperingati diri sendiri untuk pulun( bersungguh-sungguh)untuk bulan Ramadhan. Kekadang nafsu sering memegang diri kita dan kena berusaha melawan hawa nafsu yang masih berbekas di dalam hati saubari kita tanpa kita sedari.

Naim akhir kalam , semoga video tazkirah ini menjentik hati-hati kita semua semoga Ramadhan kita tahun ini lebih bermakna di dalam kehidupan kita semua,. Insha Allah. Kita doakan Covid-19 di angkat dan kita kembali normal kehidupan.



SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS