Ujian Allah-Bagaimana Mendidik Jiwa

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 13, 2021


 
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Pada hari minggu , di frasa PKP 3.0 ini kita kena sentiasa menjaga kesihatn masing-masing. Pada waktu yang sama kita menjadi rohani jua.


Pada pagi yang mulia ini Naim hendak share short kuliah dari Syeikh Mohd Zainul Asri Hj Ramli berkenan dengan Ujian Allah. Bukan semua dapat menghadapi ujian dengan hati terbuka. Di akhir zaman ini banyak cabaran ujian bakal menimpa kepada kita umat akhir zaman. Oleh itu bagaimana hendak mendidik jiwa pada waktu itu? Persiapan rohani kena betul-betul kuat kerana ujian di akhir zaman sangat dahsyat sekali.


Kunci utama di dalam menghadapi ujian ialah Kesabaran.Kerana kesabaran adalah satu kunci sangat besar di dalam menghadapi ujian bakal mendatang. Di dalam sirah Nabawi iaitu Baginda Nabi Muhammad telah memberi contoh sangat besar kepada kita semua. Bagaimana Nabi Muhammad di dalam penyebaran Islam di Kota Mekah sangat mencabar sekali.

Baginda Nabi pernah di lontar batu ke arah Baginda lalu berdarah. Allahu akbar , jauh berbeda dengan ujian kita sebagai umatnya.Bersyukur sahabat-sahabat semua. Islam datang kepada umat Islam di Nusantara melalui lisan-lisan ulama bukan dengan mata pedang. Ia memberi gambaran sangat jelas betapa indahnya Islam kepada penganutnya.

Dan kini pada alaf baharu ini iaitu 2021, kita sedang berhadapi ujian sangat besar iaitu Covid-19. Kita sendiri tidak menjangka wabak ini masih berpanjangan bermula dari akhir tahun 2019 bermula dari Wuhan , China dan kemudian dia menyerang seluruh pelusuk dunia. Di Malaysia jua kes masih meninggi. Tetapi Islam telah memberi solusi sangat terbaik dan para ulama-ulama dan mufti-mufti telah memberi kata putus membendung wabak ini menghadkan jemaah di masjid dan surau. Ia tidak tutup  tetapi syiar ISLAM masih berlaku.

Azan-Azan masih berkemundang di corong-corong Masjid.. Bersyukur wahai sahabat-sahabat kerana masih boleh beribadah walhal di rumah masing-masing. Jangan berputus asa dengan Allah. Bermuahasabah diri kembali kerana kita semua tidak tahu apa dosa-dosa kita lakukan sampai ALlah murka sekali. Jangan berputus asa sahaba-sahabat. Terus berdoa semoga ALlah mengampun dosa-dosa kita semua dan paling utama kita kembali normal di dalam kehidupan masing-masing. Insha Allah.

SHARE 3 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS