Mostafa Atef - Sayed Qalby

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 27, 2021

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Yang mana Bekerja Dari Rumah. Semoga segala urusan anda dipermudahkan oleh Allah. Alhamduillah, pada hari ini Naim akan share lagu nasyid daripada  Mostafa Atef.

Untuk makluman anda semua, Mostafa Atef ini seorang penyanyi nasyid dan qasidah dari negara Mesir. Lagu beliau menjadi viral di media sosial iaitu Qomarun. Pada hari ini Naim akan share lagu terbaharu beliau bertajuk Sayed Qalby. Lagu ini dipublish pada  19 Julai 2021 bersempena Hari Raya Aidil Adha jika tidak salah Naim. views boleh tahan juga iaitu 48,577. 9 Hari berada di youtube memang terbaik mendapat views banyak itu.

Lagu mengisahkan musim Haji dan akan menziarahi baginda Nabi Muhammad di bumi suci Madinah. Musim Covid-19 masih tidak boleh mengerjakan ibadah haji. Ada rakyat Malaysia yang menetap di bumi Arab Saudi beruntung kerana mereka terpilih mengerjakan haji pada tahun 2021. Baru-baru ini TV1 di dalam program Salam Baitullah ada jemaah haji berkongsi tentang ini.

Suara Mostafa Atef sangat lunak dan merdu tambahan pula, bangsa Arab jika tarik lagu, Allah sahaja tahu bagaimana kita mendengar lagu tersebut. Ini pula tentang Baginda Nabi Muhammad. Kita sebagai umat Baginda Nabi Muhammad sangat rindu kepada Nabi Muhammad. Hanya selawat  pengubat rindu kepada Nabi Muhammad. Semoga di akhirat kelak, Allah memberi keizinan melihat wajah Baginda Nabi Muhammad. Amin!

Jom kita hayati Lirik berserta video klip di bawah ini, semoga kita mengambil manfaat .

LIRIK

Ketika aku menziarahi Nabi dari makam nya, rasa nya aku tak ingin beranjak pergi
Ini karena rasa cinta (kerinduan) dengan keluarga Nabi, hati saya terhubung
Pandangan yang memulihkan penglihatan
Memperbaiki apa yang tlah rusak

Cinta ini memberi pengaruh besar, dan cintaku adalah sebuah tindakan dan juga ucapan
Wahai orang yang akan berziarah ke makam Nabi Muhammad saw.
Kirimkan sholawat salamku bersama kalian
Berdoalah untuk ku agar aku bisa menziarahi Nabi saw.
Atau melihat bayangan nya di dalam mimpiku

Baginda Nabi ku, yang menguasai hatiku dan seluruh nya
Tujuan ku, impian ku, dan keinginan ku
Inilah sang Nabi dengan segala Keindahan nya
Sekali memandang nya, kau akan terus bahagia

Wahai utusan Allah
Wahai kekasih Allah
Bersholawat lah kalian atas Baginda Nabi saw. dan perbanyaklah (tambahlah)
Ucapkan sholawat dan rayakan lah oleh kalian

Pada Hari kiamat (kebangkitan) kita semua akan mengantri dan minum dari tangannya (Nabi saw.)
Semoga allah menuliskan hidupnya untukku
Atau Menziarahi makam Nabi kita
Diriku ingin melihat (mengunjungi) kabah walau hanya sekali

VIDEO

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Sambil blogwalking sambil dengar lagu ni

    BalasPadam
  2. Ada masa seronok layan lagu2 dari Timur Tengah ni. Akak suka layan lagu Muhamad Tareq & Muhamad Youssef😊💕

    BalasPadam
  3. Irama padang pasir buat hati tenang... Walaupun kurang memahami liriknya dan dari petikan gambus nya... Fuhhhh... Mendayu - dayu... Alhamdulillah syukran bilkhair

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS