Jangan Pernah Berkira Dengan Ibu Dan Ayah - Syeikh Nazrul Nasir

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 03, 2023


 

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Alhamduillah sudah hari ketiga di awal bulan Januari 2023. Semoga tahun ini memberi kebaikan kepada kita semua.Sebut tentang rezeki dan kaitan dengan ibu bapa sangat rapat kepada kehidupan seorang anak-anak.


Didalam kehidupan  seorang anak , jangan berkira dengan ibu bapa tentang rezeki yang kita ada. Jangan kedekut berkongsi dengan ibu bapa. Nescaya Allah akan menambah lebih kepada rezeki kita kelak. Kerana ibu bapa kita adalah sumber menambah akan rezeki kita. Asbab itu, redha Allah terletak kepada redha ibu bapa kita.

Jika pendapatan kita tidak mencukupi atau baik-baik cukup ahli keluarga sahaja untuk bulan tersebut. Cuba lebihkan kepada ibu bapa  dan banyakkan bersedekah. Pesan Ustaz Azhar Idrus , jika hendak murahkan rezeki, banyakkan bersedekah. Dengan asbab bersedekah, Allah tambahkan lagi rezeki  untuk kita semua.

Sahabat-sahabat semua, selagi ibu bapa kita masih hidup, jangan abaikan mereka . Keluarkan sedikit rezeki kita, walhal mereka tidak meminta daripada kita . Asbab rezeki itu dapat mereka memberi keperluan harian. Dan Allah pasti menambah akan rezeki kita kelak. Yang penting yakin dengan Allah. Insha Allah.

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. sgt setuju...tak miskin pun kalau nak kedekut2 ni.. tambah lagi ngan ibu bapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak, Insha Allah , Allah akan menambah akan rezeki kita

      Padam
  2. Ibu dan ayah sy telah tiada. Tp memang sy x berkira dgn mrka sepanjang hayat mereka dahulu..

    BalasPadam
  3. saya tak berkira, tapi ibu bapa yg selalu menolak untuk terima pemberian anak anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. Kekadang mereka segan dengan anak-anak mereka.

      Padam
  4. setuju. jangan berkira. kadang kalau dia taknak pun, kita bagi dalam bentuk lain pun ok je.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS