Assalamualaikum dan selamat petang semua. Alhamduillah sudah hari ketiga di awal bulan Januari 2023. Semoga tahun ini memberi kebaikan kepada kita semua.Sebut tentang rezeki dan kaitan dengan ibu bapa sangat rapat kepada kehidupan seorang anak-anak.
Didalam kehidupan seorang anak , jangan berkira dengan ibu bapa tentang rezeki yang kita ada. Jangan kedekut berkongsi dengan ibu bapa. Nescaya Allah akan menambah lebih kepada rezeki kita kelak. Kerana ibu bapa kita adalah sumber menambah akan rezeki kita. Asbab itu, redha Allah terletak kepada redha ibu bapa kita.
Jika pendapatan kita tidak mencukupi atau baik-baik cukup ahli keluarga sahaja untuk bulan tersebut. Cuba lebihkan kepada ibu bapa dan banyakkan bersedekah. Pesan Ustaz Azhar Idrus , jika hendak murahkan rezeki, banyakkan bersedekah. Dengan asbab bersedekah, Allah tambahkan lagi rezeki untuk kita semua.
Sahabat-sahabat semua, selagi ibu bapa kita masih hidup, jangan abaikan mereka . Keluarkan sedikit rezeki kita, walhal mereka tidak meminta daripada kita . Asbab rezeki itu dapat mereka memberi keperluan harian. Dan Allah pasti menambah akan rezeki kita kelak. Yang penting yakin dengan Allah. Insha Allah.

sgt setuju...tak miskin pun kalau nak kedekut2 ni.. tambah lagi ngan ibu bapa.
BalasPadamBetul kak, Insha Allah , Allah akan menambah akan rezeki kita
PadamIbu dan ayah sy telah tiada. Tp memang sy x berkira dgn mrka sepanjang hayat mereka dahulu..
BalasPadamInsha Allah ganjaran pahala menanti Abam Kie
Padamsaya tak berkira, tapi ibu bapa yg selalu menolak untuk terima pemberian anak anak
BalasPadamhehe. Kekadang mereka segan dengan anak-anak mereka.
Padamsetuju. jangan berkira. kadang kalau dia taknak pun, kita bagi dalam bentuk lain pun ok je.
BalasPadamSangat setuju
Padam