Salam Aidilfitri 1444 Hijrah

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 25, 2023

Salam Aidilfitri 1444 Hijrah

 

Assalamualaikum semua, pada hari ini sudah hari keempat Syawal. Terasa cepat masa berlalu. 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu bersamaan 22 April 2023 Masihi. Kita berdoa kepada Allah, agar segala amalan di dalam bulan Ramadhan di terima oleh Allah. Insha Allah.

Di kesempatan ini, Naim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan blogger. Ampun maaf di pinta takut ada salah silap di dalam berbicara di alam maya ini Semoga Allah himpunkan kita semua di dalam Syurga kelak bersama-sama kekasih utama kita Nabi Muhammad.

Cuma ada coretan kecil untuk di tulis pada entri kali ini kenangan 1 Syawal 1444 hijrah. Acap kali Syawal menjelang  terasa sayu mengenangkan Ramadhan telah meninggalkan kita semua. Tak tahu sama ada kita dapat ketemu semula pada tahun hadapan. Selepas berbuka puasa dengan ahli keluarga, terdengar mercun  tanya esok mula hari raya.

 Seruan azan bergema untuk memanggil, sejurus itu, segeralah ke surau yang berdekatan rumah Naim untuk solat isyak berjemaah dan pasti untuk bertakbir bersama-sama jemaah surau tanda menyambut kemenangan setelah bersusah payah di bulan Ramadhan beribadah kepada Allah. Tiba Syawal kita menyambut kemenangan kecil.

Pada malam 1 Syawal di kampung Naim seperti biasa, di langit di terangi pelbagai warna-warni daripada bunga api dan mercun bergema di sana-sini tanda esok hari raya sudah tiba. 

Tepat jam 8.30 pagi keesokan harinya. Selesai makan dan minum dan kini bergerak ke surau untuk Solat Sunat Aidilfitri. Dapat melihat anak-anak perantau yang duduk ibu kota ramai-ramai datang ke surau bersama-sama ahli keluarga tericnta untuk solat. Aidiltri kali ini berbeza tahun-tahun lepas kerana  kekangan waktu dan wabak Covid-19 yang membataskan pergerakan kita.Semoga Allah memelihara kita semua.

Usai solat , Naim bergerak ke rumah kawan-kawan yang berdekatan untuk ziarah hari raya hatta seterusnya aktiviti ziarah ke rumah-rumah sanak saudara berdekatan sahaja. Kerana cuaca di Kedah akhir-akhir ini sangat panas. ALhamduillah pada hari 1 Syawal cuaca redup dan berangin . 

Aktiviti petang pula, bermain bunga api bersama-sama anak-anak buah. Main bunga api waktu petang memang tak feel kerana percikan api tak semeriah waktu malam. Tetapi keadaan cuaca macam tidak menentu. Janji mereka seronok bermain bunga api sudah memandai.

Begitulah sedikit coretan Hari Raya daripada Naim, maaf tiada gambar untuk di letak di dalam entri ini kerana privasi . Naim doakan semua di dalam lindungan Allah selalu. Selamat Hari Raya semua , Maaf Zahir dan Batin!

SHARE 10 comments

Add your comment

  1. selamat hari raya, maaf zahir batin!!!

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya. Memang terasa sayu. Lagi-lagi bila terkenangkan kembali beraya zaman kanak-kanak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup bro. kekadang sendu gak teringat zaman dulu2 haha

      Padam
  3. Dalam kesempatan ini juga..saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS