Salam Maal Hijrah 1445 H

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 23, 2023


 

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua. Apa habaq semua sahabat-sahabat.Naim doakan kepada semua di dalam peliharaan Allah selalu.  Maaf kepada semua kerana agar lama menyepi kerana keuzuran kesihatan sedikit dan Alhamduillah kini kembali sihat di atas nikmat Ilahi.

Sahabat-sahabat semua, kita sedia maklum kita sudah masuk tahun baru Hijrah 1445 Hijrah. Naim berdoa kepada Allah agar kita semua di beri kesihatan yang baik oleh Allah. Sahabat-sahabat semua apa makna hijrah kepada diri kita semua? Pabila kita sebut Hijrah kena balik kepada sirah Baginda Nabi Muhammad yang berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah untuk mengembang agama Islam di atas wahyu Allah. Dan kini Islam sudah memgembang di pelusuk dunia.

Naim ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua  kepada rakan-rakan blogger. Semoga tahun hijrah ini memberi kebaikan kepada kita semua umat Islam di Malaysia amnya. Bersama-sama kita melakukan anjakan paradigma ke arah kebaikan. Insha Allah.

Naim perhatikan akhir-akhir ini blogger makin slow di dalam dunia blogging dan banyak ke arah dunia media baharu iaitu Tiktok. Tidak salah ke arah teknologi baru dan jangan di tinggal medium sedia asal . Kerana di tinggalkan medium lama bakal lenyap di telan masa dan keadan setempat. Semoga blogging ini sentiasa ada peminat  sendiri. Insha Allah.
SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS