Jangan Celupar Di Dalam Kehidupan Harian

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 26, 2024
 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Alhamduillah masih di beri kesempatan untuk menulis entri kali ini. Bulan ini sangat sibuk dan Allah beri sakit iaitu demam dan bersangka baik untuk hapuskan dosa-dosa Naim.


Mutakhir ini di media sosial, apa yang Naim lihat sekarang manusia sudah hilang adab terhadap orang alim dan ia menjadi perkara biasa. Orang yang melihat kemungkaran seolah-oleh lidah mereka sudah kelu dan tidak mampu untuk menegur. Takut hilang pangkat , harta dan kedudukan mereka. Ini membuat mereka alpa kepada dunia. 

Mereka tidak terfikir, kemungkaran mereka lakukan tersebut boleh mengaibkan keluarga mereka hatta mendapat kesakitan dunia tambahan lagi di akhirat kelak. Jangan terlampau ego dan sombong di dunia takut kita tidak mampu menjawab apa sudah kita lakukan di dunia ini.

Harta datang dari sumber yang tidak sahih boleh mengakibatkan tiada keberkatan sama ada rezeki, kehidupan dan anak-anak. Kita marah anak-anak degil dan tidak mahu mendengar nasihat dan teguran kita. Cuba muahasabah diri, takut kita ada lakukan yang Allah murka. Sama ada bersekongkol dan berdiam diri tatkala ulamak di hina. Ulamak di katakan ular mak. Inilah manusia tidak ada adab dengan alim ulamak.

Kelak ibu bapa mereka jua di londeh jua. Kesian  ada anak derhaka seperti ini.Semoga kita semua di dilindungi oleh Allah . Berdoa kepada Allah, agar kita ada kawan seperti ini. Ini bala yang mendatang elok kita perangi habisan agar generasi kita tidak bersama orang menghina ulama.



SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS