Semangat Naim Untuk Menulis - Random Isu

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 13, 2024


 

Assalamualaikum sahabat-sahabat smeua. Malam ini sekadar luahan dari lubuk hati Naim sendiri.Kerana cemburu melihat rakan-rakan blogger kerap entri satu hari 3 entri 

Sahabat-sahabat semua, mutakhir ini banyak isu yang berlegar-legar di persekitaran kita. Sebagai contoh salah satu peniaga mempromosi produk makanan dengan gaya agar lucah. Naim tidak boleh bayang bagaimana mereka boleh terjebak dengan bad marketing ini.

Kita sedia maklum , sejak kewujudan media sosial Facebook, Instagram dan Tiktok , ramai menggunakan platform untuk berniaga. Tidak salah untuk berniaga tetapi mempromosi produk dengan cara tidak baik boleh mencacatkan masyarakat dengan budaya yang tidak sihat.

Senang founder rasa bersalah minta maaf dan susun strategi yang mempunyai bad marketing dan kemudian minta maaf lagi. Putaran ini sama sahaja dan lagi teruk mempergunakan wanita dengan pakaian seksi. Macam harga diri wanita seteruk itu.

Makin fikir makin serabut otak dengan masyarakat Islam di Malaysia.  Rasa-rasa Naim seorang merasai perkara sebegini. Dan tidak ramai mampu meluahkan isi hati di dalam ruangan entri sebegini. Jika hendak berniaga seperti Baginda Nabi Muhammad. Kena berfikir tentang  halal dan haram. Jangan pakai serbu dan memikirkan keuntungan semata-mata.

Apa pandangan kalian semua, sila komen di bawah. Terima kasih
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Sy xde tgk video donut tu, cuma dgr dr radio je... tp skrg mmg org prefer bad marketing sbb senang nk viral, lepas tu mtk maaf lepas dah viral & glamer, apapun niat x menghalalkan cara... sy mmg pangkah x support pun produk/mknn guna bad marketing mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kekadang budaya sebegini senang di tiru generasi muda tambahan ada aplikasi tiktok. Mudah terikut-ikut

      Padam
  2. Ammi ada juga baca tentang komen org pasal isu jual makanan cara lucah tu tapi ammi sendiri tak tengok pun rakaman jualan tu. Dan biasanya kalau skrol tiktok kalau nampak yang tak menyenangkan mata, ammi skrol je lelaju. lemas rasanya.

    Semoga anak cucu dan keluarga kita tak terjebak dengan perkara tak bermoral macam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, Semoga generasi kita tidak terjebak budaya yang tidak sihat seperti itu.

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS