in luahan hati, by Muhammad Naim Abdullah, Disember 30, 2017
Setiap makhluk bernama Manusia tidak terlepas sesuatu perkara yang di namakan MUSUH. Apa itu musuh? Musuh adalah seseorang yang kita tidak sukai sama di luaran dan dalaman kita. Perasaan ini akan membuak-buak apabila kita bertembung dengan kita secara berhadapan atau sinis sahaja. Musuh kekadang pandai bermain dengan perasaan. Mereka mencipta sesuatu perkara yang tidak dapat di fikirkan secara logikal akal sendiri. Makin luas perancangan mereka semakin dekat kepada kejayaan ilusi. Ia sekadar contengan di dada dinding bangunan usang yang menjadi memorial sahaja. Mereka berkata berjuang di atas nama ini atau nama itu adalah jalan yang suci. Tetapi mereka adalah menokah arus badai dunia. Menghalalkan yang haram, yang sudah halal di katakan haram mengikuti fatwa hati mereka. Suara kebenaran daripada alim ulamak persis salakan anjing di kaki gunung. Mereka abaikan ia sekadara picisan di dalam dunia mereka. Akan tetapi, ulamak akan di cari apabila ada kematian. Ia sekadar, inilah tugas anda. Jangan lebih daripada itu. Inilah pemikiran liberalism yang berakar di dalam umat Islam di Tanah Melayu sekarang. Mereka memikirkan perihal agama hanya solat, zakat, dan seumpamanya. Ia tidak lebih seperti pergi sekolah dan pulang pada petang harinya. Mereka sudah lupa mereka telah masuk di dalam perangkap Dajjal itu sendiri. Nanti dajjal membawa dua perkara di tangan ada syurga dan neraka. Jika memilih syurga dajjal adalah nereka bagi kita, manakala neraka dajjal adalah syurga bagi kita, ia dapat bertahan adalah orang yang benar-benar kepada Allah. Mampukah kita mengekang kemaraan musuh di hadapan kita.... Wallahualam.
Baru-baru ini di gemparkan seorang artis kore lelaki yang membunuh diri. Ia mengakibat majoriti rakyat Malaysia terutamanya orang Islam sendiri sanggup dok bawa lilin macam tanda simpati. Ia tetap salah di sisi agama Islam. Refer balik artikel lama Naim di sini : Minat Korea(K-POP) Sampai Rasullullah Tak Ingat
Budaya Fandom ini mengakibatkan masyarakat gila kepada seseorang. Hanya benar idola sahaja. Pabila para alim ulama menegur tinkah laku mereka menyalahi di sisi agama kita. Mereka lantang berkata-kata kesat. Akhir nya misi dajjal telah terlaksana . inilah akibat nya.. Jom dengar akibat Bahaya Budaya Fandom oleh Ustaz Auni.
Semoga kita terselamat daripada fitnah Dajjal. Wallahualam.
in Muasabah diri, by Muhammad Naim Abdullah, Disember 21, 2017
Siapa yang mengikuti siri anime Naruto , pasti mengenali susuk tubuh bernama Jiraiya. Walaupun tabiat buruk sentiasa anda. Namun ia tidak pernah mengajar perkara yang tidak baik kepada anak murid.
Guru bisa melihat potensi dan bakat seseorang anak murid yang beliau didik. Hargai dan jasa baik guru kepada kita. Wallahualam.
in Muasabah diri, by Muhammad Naim Abdullah, Disember 21, 2017
Lebih kurang sembilan hari lagi, kita akan melangkah tahun yang baru iaitu tahun 2018. Tahun 2017 telah membawa kita pelbagai cerita yang menarik dan kurang menarik untuk di kongsi bersama-sama atau di pendam sendirian jua. Bagi diri seorang pelajar sekolah, cuti akhir tahun bakal berakhir tidak lama lagi. Sesi persekolahan yang akan tiba akan membuat para ibu bapa berusaha keras menyediakan kelengkapan sekolah yang secukupnya untuk mereka. Bagi lelaki dewasa mahupun wanita dewasa, mereka akan terus melangkah cepat atau longlai pada tahun 2018 . Kerna ia sama sahaja untuk melakukan aktiviti yang sama . Akan tetapi, mereka akan berasa ia satu bebanan untuk meneruskan kehidupan dengan tidak tahu apa kan berlaku di hadapan sana. Bermodal pengalaman yang lalu , ia sekadar cebisan sejarah yang tidak boleh di ulang semula persis peribahasa pisang berbuah dua kali. Tahun 2018 pasca kepada pilihan raya umum ke 14 pasti menarik. Para pengalisis politik berpusu-pusu menbuat kajian. Ada kajian mengatakan PRU14 pada MAC 2018. Ahli politik pasti datang kampung setelah menghilang 5 tahun lama. Persis anak tidak pulang kampung setelah berkerjaya. Tidak kira siapa kita. yang pasti kita akan berada di satu tahap yang kita tidak tahu bagaimana. Akan tetapi semua sudah tertulis di dalam Qada dan Qadar. Jalani kehidupan sebagai hamba Allah. Wallahualam