Showing posts with label takzirah

Ini 4 Soalan Yang UTAMA Di Akhirat | Ustaz Mohd Shaffi

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 10, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat. Naim harap semua baik-baik belaka bersama-sama keluarga tercinta. Hari ini penghulu segala hari, iaitu hari Jumaat. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad. Semoga di akhirat kelak kita mendapat syafaat dari Baginda.

4 soalan yang bakal di tanya kita di Mahsyar iaitu :-

1) Umur

2) Waktu Remaja

3) Wang Ringgit

4) Ilmu

Jom dengar apa kupasa empat soalan ini oleh Ustaz Mohd Shaffi.



Semoga tazkirah ini memberi pengajaran dan kita mengambil iktibar kepada diri kita semua. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. AMin

Hidayah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 26, 2011
Mari kita renungkan ayat surah ali-imran :

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (A-li'Imraan 3:8)

Kita sebagai orang Melayu sudah lahir sudah status orang Islam sejati.Kekadang umat Melayu beragama Islam sudah lalai dengan permainan orang bukan Islam yang sedang menghasut kita supaya jauhkan kita.Dalam ayat di atas , merujuk kepada diri kita. Supaya berpegang teguh dengan tali Allah.
Semoga hidayah yang telah tertanam dalam diri kita akn terpelihara sehingga kita mengembus nafas terakhir , kematian kita adalah dalam iman. Insha Allah. Sebelum menutup entry ini. Kita jangan berbangga apa yang kita ada sebab titik peluh kita sendiri. Riak nampak, semua itu adalah pemberian Allah kepada kita. Rahmat Allah sentiasa melimpah kepada hambanya. kekadang Kita selalu alpa. Semoga entry malam ini dapat kita berfikir seketika. Wallahualam.

Ingatlah Insan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 10, 2010
di bawah ini adalah petikan email daripada salah seorang krew iluvislam.com.Jom kita hayati bersama-sama moga ambil pengajaran yang berguna bagi kita semua~ insya Allah.
------------------------------------------------------------
assalamualaikum ...Dan The Duck Walking With BagHanya Ingin Mengingatkan ....[]Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .. 

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
 
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 

Pencil Draw

  Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .... exclaim

1. 
Duniaitu racun,zuhud itu ubatnya. 
2. 
Hartaitu racun,zakat itu ubatnya. 
3. 
Perkataan yang sia-sia itu racun,zikiritu ubatnya. 
4. 
Seluruh umuritu racun,taat itu ubatnya. 
5. 
Seluruh tahunitu racun,Ramadhan itu ubatnya. 

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)
 


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
 
Potato Walking

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu : 

1.. Ibu dari segala UBAT adalah 
SEDIKIT MAKAN. 
2. Ibu dari segala ADAB adalah 
SEDIKIT BERBICARA. 
3. Ibu dari segala IBADAT adalah 
TAKUT BUAT DOSA. 
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah 
SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
 
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
 

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
 

Cartoon Family Of Strawberries Bounce
Subuh : 
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
Zuhor : 
Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
Asar : 
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan 
Maghrib : 
Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : 
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 

--------------+
hayati dua lagu ini


Ibu

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 04, 2010
masih ada ibu di sisi anda? jika ada hormatilah mereka seadanya .


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


jangan jadi anak yang derhaka~~ !!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sebelum anda terus membaca artikel ini saya berharap supaya anda membuka fikiran anda seluasnya. Tujuan saya terbitkan artikel ini adalah untuk mencerahkan apa yang sebelum ini gelap dan diikuti oleh ramai dari kita semua tanpa mereka sedari. Semoga apa yang dipaparkan akan membuka minda anda. Dan apa yg kami paparkan bukanlah tertakluk kpd beberapa contoh yg kami berikan saja. Contoh yg selebihnya, anda carilah sendiri. Kami menunjukkan jalan, anda yg perlu melaluinya atas usaha anda sendiri. Selamat Membaca!
image image
Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewangan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.
Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).

image Malcolm Glazer
Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.image

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:
image imageperhatikan garis hijau yg membentuk mata dan perkataan united dibawahnya. United under the one eye?/bersatu dibawah mata satu? image image the one eye of Ra, the Sun God (the all-seeing eye)
Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang ‘garfu’ yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua garisan merah di atas dan bawah logo dusatukan oleh dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan membenteuk sebiji mata yg dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai mata Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.
Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan ‘angka sial’ bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bintang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.
image image

Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:
M=13 A=1 N=14 U=21
1+3+1+1+4+2+1=13
Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.
E dan R
E=5, R=18
18-5=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20
1+4+3+8+5+1+9+2+0=33
No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, menyembah syaitan dalam ritual mereka.
AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knights of Templar dan salib Kristian:
Salib Templar
image
Salib Kristian
image
Salib Templar di Logo AC Milanimage

Knights of Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knights of Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.
Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:
A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.image

Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.image

Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.
Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t. Dan sedarkah anda sepanjang anda menyokong, memuja mereka anda telah memuja syaitan dan telah menduakan Allah?
Tidak diakui lagi? Lihat persamaan ketara ini pula:
image
Bukankah muka SETAN di logo Man U hampir sama dengan muka Baphomet dan pentagram tersebut? Lihat bagaimana ‘dia’ tersenyum kepada kita yg menyokong dia.
image
Bagaimana pula dgn yg ini? Adakah ini gambar singa seperti yg anda fikirkan? Adakah ini singa jantan? Tidak. Ini adalah seekor singa betina kerana singa jantan mempunyai ‘mahkota’ iaitu rambutnya dan singa di logo Chelsea ini tidak. Kenapa singa betina? Kerana ini :imageIni adalah Firaun ‘singa betina’ Tefnut. Inilah apa yg diletakkan didada kita sebenarnya. Bukan seekor singa garang spt yg mulanya kita fikirkan.
image Checkered floor


image
image



Masonic/Kabalistic Moon and Star
image
Fleur-de-lis, symbol kerajaan-kerajaan lama eropah terutamanya Perancis dan juga symbol kpd Priory of Sion
image
priory of sion
image
Mahkota diatasnya yg mempunyai salib adalah sama seperti St Thomas’ Cross yg menjadi symbol St Thomas Christians (Nasrani Menorah)
Selama kita memakai PAKAIAN MEREKA selama itulah kita membawa gambar firaun, iblis, syaitan dan keturunannya dan lambang-lambang lain yg memuja mereka
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Al-Hijr 39-40
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

sumber:http://freeourmind-blog.blogspot.com/2010/04/konspirasi-bola-sepak-dunia.html

Anda akan tahu apa yang berlaku~ada fikiran jadi fikir2 la~~


Sempatkah aku bersama Bulan Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 20, 2010
Mungkin sahabat2 dok fikir apa yang naim tulihkan pada post kali ini,Naim nak post pasal Bulan Ramadhan. masih sempatkan kita bertemu dengan bulan Ramadhan.Takut kita dijemput oleh Allah s.wt sebelum bertemu dengan Ramadhan,terasa sangat rugi kalau tidak bersama dengan bulan ramadhan.Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185-





(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur..


Sungguh indah bulan ramadan pada hamba yang merindui ganjaran pahala. Allah ukbar.. 


Unta Menjadi Hakim

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 02, 2010
Perjalanan Pictures, Images and Photos

Pada zaman Rasullullah S.A.W ,seorang yahudi telah menuduh seorang muslim mencuri untanya. Dia datang bersama empat orang saksi palsu daripada golongan munafik.Kemudian,Baginda memutuskan bahawa unta itu milik orang Yahudi tersebut.Manakala tangan orang Muslim itu dipotong.

Dalam kebingungan,oramg muslim tersebut terus mendongak ke langit dan berkata “Tuhanku,Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta tersebut”.Kemudian dia berkata kepada Rasullullah SAW, “Wahai Rasullullah SAW,sungguh keputusanmu itu adalah benar,akan tetapi mintalah keterangan daripada unta ini”.

Kemudian Rasullullah SAW beratnya kepada unta itu tentang siapa pemiliknya yang sebenar.”Wahai Rasullullah,aku adalah milik orang muslim ini sesungguhnya para saksi itu adalah dusta,”balas unta tersebut.

Rasullullah SAW berkata kepada orang muslim itu, “Hai orang muslim beritahu aku , apakah yang engkau buat sehingga Allah SWT menjadikan unta itu dapat bercakap perkara yang benar”.

Maka orang Muslim itu berkata, “Wahai Rasullullah, aku tidak tidur pada waktu malam sehingga lebih waktu aku membaca selawat ke atas engkau 10 kali”.

Rasullullah SAW bersabda “Engkau telah selamat daripada hukuman potong tangan di dunia dan selamat juga di akhirat kelak dengan sebab berkatanya engkau membaca selawat untukku..

Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Februari 18, 2010

Home Video

Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan




Ertinya:

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

satu hari satu hadis

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 25, 2010
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya.


 Huraian
Pengajaran hadith:
i) Berniaga adalah antara punca rezeki yang dihalalkan oleh Allah.
Ii) Sebarang jual beli yang dilakukan mestilah dibuat dengan jujur daripada kedua belah pihak di mana sesiapa yang menjual barang yang cacat dan dia pula sengaja menyembunyikannya daripada pembeli maka sepanjang masa ia akan berada di dalam kemurkaan Allah dan juga malaikat-Nya.
iii) Balasan ini adalah wajar kerana ia telah melanggar prinsip keadilan yang menghalang pembeli daripada mendapat faedah bersama.

Amalan Baik Yang Kekal Menemani Mayat

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 24, 2010

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, “ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya




setiap manusia harus berusaha mengumpul saham akhirat semoga jika dijemput oleh allah, kita sudah bersedia untuk menghadap Allah s.w.t. berdasarkan hadis Rasullullah s.w.t di atas,Baginda  menegaskan tiga benda akan ikut pergi kuburan . tetapi hanya satu yg kekal menemani sepanjang hayat kita adalah amalan kita..

semoga kita terus mengumpul saham akhirat.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




hidup di dunia ibarat persinggahan pertama
sebelum bertolak ke persinggahan kedua
Apabila tiba di sana kita harus melalui Titian Siratulmustaqim
yang penuh cabaran yang genting bagi yang lemah lagi hina
ayuh wahai umat islam 
segera perbaiki diri kita daripada noda-noda dosa agar
tidak terjerumus ke api neraka yg bisa membakar kita..






 
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS