Assalamualaikum, peranan ibu bapa di dalam satu keluarga sangat besar peranan dan besar kewajipan yang di amanahkan oleh Allah. Oleh itu kewajipan seorang anak-anak tidak kurang hebatnya kena taat dan ambil berat terhadap ibu bapa sendiri. Kerana Redha Allah terletak Redha Ibu Bapa.
Showing posts with label
Muasabah diri
Mereka Makin Hilang Adab Terhadap Alim Ulama ||Assalamualaikum semua, mutakhir ramai masyarakat makin hilang adab kepada alim ulama. Mereka sanggup berkata kurang ajar terhadap ulama. Karena tidak bersetuju dengan memerli hatta menghina ulama. Inilah barah sedang melanda di Malaysia.
Jangan Redha Orang Hina Ulama|| Assalamualaikum semua, mutakhir ini ramai kelompok orang awam dan hatta orang yang berilmu boleh menghina ulama seperti tiada adab denagn ulama itu sendiri. Ini memberi kemudhratan kepada diri sendiri kelak.
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahbaat-sahabat blogger. Bagaimana Ramadhan sahabat-sahabat semua, Naim doakan semua baik-baik sahaja dan segala amalan kita buat takat 8 Ramadhan di terima oleh Allah.
Sebut sahaja ujian , Manusia seperti kita tidak terlepas dengan pelbagai ujian yang Allah bagi kepada kita semua. Bagaimana kita semua hendak manage ujian yang mendatang sama ada kita akan fikir POSITIF atau NEGATIF. Asbab itulah hadir ujian di dalam kehidupan manusia.
Seperti sekarang segenap dunia sedang menghadapi ujian yang hebat dengan datang wabak iaitu Corona Virus atau dikenali sebagai COVID-19. Pada waktu sekarang wabak ini menjadi lebih kuat seperti terjadi di Kubang Pasu , Kedah Darul Aman sebagai Kluster Sivagangga. Jelas , bukan mudah setiap manusia hendak menghadapi ujian ini. Kerana norma kehidupan berubah 360 darjah. Masya Allah.
Inilah kelebihan Umat Islam, kena sentiasa muasabah diri tatkala wabak datang ini adalah satu peringatan kepada kita semua agar tidak lupa Sang Pencipta. Kita harap wabak ini segera lenyap. Insha Allah.
Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua. Apa khabar anda semua? Naim harap semua baik-baik belaka. Insha Allah keesokan hari adalah hari terakhir di dalam bulan Ramadhan. Masa sangat cepat berlalu kan sahabat-sahabat semua. Tatkala kita masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Ramadhan akan tetap berlalu jua. Macam kata Syeikh Zainul Asri awal-awal Ramadhan datang, Ramadhan adalah tetamu istimewa bagi kita semua.
Tinggal beberapa hari dan masa akan menjadi singkat, jkom tingkatkan amalan soleh seperti berzikir, berdoa hatta bersedekah bulan Ramadhan. Masa ini bukan untuk mencari dunia semata-mata. Akhirat kena ligan jua. Semoga Allah menerima amalan kita semasa bulan Ramadhan 1441 Hijrah.
Antara perkara yang paling kuat untuk menghalang wabak ada SEDEKAH"
-Ustaz Nazrul Nasir-
"Perbanyakkan ISTIGHFAR, Semoga Allah jadikan ubat untuk covid-19"
-Ustaz Abdul Somad-
Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Hari ini lambat sedikit menulis entri kerna awal pagi pergi membeli barangan dapur dan mentah. Alhamduillah, semoga kita semua di dalam peliharaan Allah. Dan semoga COVID-19 ini segera lenyap di atas muka bumi ini. Insha Allah.
Sahabat-sahabat semua, bersabarlah apa yang sudah terjadi sekarang. Kita tidak tahu perancangan Allah. Kerana sebaik-baik perancangan adalah hak milik Allah. Sekaranglah masa untuk kita mencuci dosa secara langsung dan tidak langsung dengan pelbagai amalan seperti :-
1) Banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad
2) Qadha balik solat-solat wajib yang kita tinggalkan
3) Bayar puasa yang mana tinggal khususnya kaum hawa
4) Banyakkan berzikir
5) Banyakkan beristighfar
Semoga amalan-amalan ini akan memberi benteng yang kuat daripada ujian yang sedang berlangsung ini. Kerana kita akan di uji takat mana kemampuan kita.
" Setiap Ujian yang kita hadapi, mintalah pertolongan Allah. Segala ujian itu kita mampu untuk tempuh kerana Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu melebihi dari kemampuan hamba-NYA. "
- Syeikh Muhd Zainul Asri - Official -
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini tidak apa yang menarik untuk di taip di dalam blog ini. Naim nak share satu video pendek daripada Media Al Faizin bersama Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi. Video ada mesej yang berdegil nak keluar semasa PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ).
Jom bersama-sama kita menonton video ini, share kepada kawan-kawan kita selalu keluar ketika tempoh PKP ini.
semoga manfaat kepada anda semua.
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Sudah bersarapan ke sahabat-sahabat semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama-sama keluarga tercinta. Di samping Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) ini memberi satu anjakan paradigma kepada minda hatta rohani dan jasmani kita secara peribadi. Jangan di lupa u ntuk berselawat kepada Nabi Muhammad, kerana dengan berselawat akan membuat jiwa dan raga kita akan menjadi tenang. Insha Allah. Semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad.
Kelmarin Naim ada menukilkan entri Isilah Hari Anda Dengan Berselawat. Naim pun ada cakap nak menukilkan perihal Sabar di dalam keadaan Covid-19 dari pandangan sisi Naim amnya. Sebelum Naim menulis panjang, jom dengan apa kata Habib Ali Zainal Abidin
Sahabat-sahabat semua, apa yang berlaku sekarang adalah satu ujian kepada umat Islam secara amnya untuk mendidik masyarakat lebih bertawakal dan berikhitiar kepada Allah. Secara amnya bukan mudah mendidik jiwa supaya berfikir positif apa yang sedang berlaku sekarang. Semasa wabak sedang merebak ramai tidak mengambil kisah, rasa seperti biasa sahaja, akan tetapi kesan ia menjadi masyarakat lebih berhati-hati. Ini memberi satu perubahan yang sangat drastik. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.
Selaku umat Islam, kita kena lebih positif dan terus berdoa dan beriktiar #staysafe dan #stayhome mengikut saranan kerajaan. Jangan di lupa untuk solat hajat dan terus berdoa semoga COVID-19 ini segera hapus sebelum bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Naim harap kalian selamat bersama-sama keluarga tercinta. Bagaimana anda lalui hari-hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ), ternyata terasa bosan terperap di dalam rumah sahaja kan. Nak hendak keluar tak boleh dengan tanpa tujuan. Takut kena warning oleh pihak Polis dan Tentera. Jika di tanya bagaimana Naim pula? Sama keadaan macam kalian rasa sekarang. Cuma keluar waktu pagi, kerana tidak ramai orang dan boleh mencari keperluan dapur dan sarapan pagi. Kerana ia tidak semeriah sebelum COVID-19 ini.
Sebenarnya idea hendak menulis tidak cerna dengan sebaiknya. Akan tetapi kena menulis juga agar blog ini tidak kosong . Balik kepada tajuk entri kali ini, Naim menukilkan Isilah Hari Anda Dengan Berselawat. Ada satu hadis dari Nabi Muhammad, Sesiapa yang berselawat kepada Nabi akanmendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada Baginda Nabi. Insha Allah, Amin!.
Masa berselawat tidak terbatas kecuali anda masuk tandas sahaja. Tatkala sedang masak pun boleh berselawat. Kerana berselawat dapat menambah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad. Dengan berselawat juga akan menzahirkan ketenangan kepada hati kita. Dengan keadaan sekarang kita akan menjadi sabar. Insha Allah next entri Naim menulis pula berkisar COVID-19 dengan hati kita dan perasaan kita. Tunggu ada idea yang mantap.
Sebelum Naim menutup entri kali ini, kita berdoa semoga COVID-19 ini lenyap di muka bumi sebelum Ramadhan tahun ini. Berdoalah semoga Allah perkenankan doa-doa di kalangan kita. Amin!
Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada anda semua. Hari ini adalah penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang barokah. Oleh itu , jangan kita lupa untuk berselawat kepada baginda Nabi Muhammad semoga kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi di akhirat kelak.
Setiap manusia di atas bumi ini tidak terlepas daripada pelbagai masalah yang akan melanda rutin seharian kita. Hatta Naim sendiri pun ada masalah jua. Jom kita halusi bagaimana agama Islam mengajar kita selesaikan masalah demi masalah asbab dorongan daripada Allah jua. Perlu di ingat semua, setiap masalah uang melanda kepada kita , aggaplah kasih sayang daripada Allah. Dengan itu, kita tidak ada perasaan mengapa aku sahaja yang kena. Ini akan memberi laluan kepada syaitan berdamping bersama-sama untuk terus menghasut kita.
Ada masalah? Pergilah solat dengan solat akan dekatkan kita sebagai hamba Allah dan Sang Pencipta.
Wallahu alam.
" Kosongkan hati kita dari segalanya dan rasakan kekerdilan diri, nanti terpenuh hati kita dengan kebesaran Allah"
Benar apa kata muraabi Syeikh Zainul Asri, setiap apa fikirkan kepada Allah dan Rasul, hati kita akan menjadi sebaik-baik tenang. Tenang satu perkara yang dapat memberi satu anjakan paradigma yang baik atau di dalam bahasa lain aura positif yang kepada diri kita sendiri. Sebabnya bukan semua manusia akan kecapi nikmat tenang ini.
Dari orang atasan sehingga kepada orang di bawahan bukan semua akan nikmati ketenangan ini. Sebabnya ketenangan bukan boleh di temui di mana-mana tempat dan keberadaan kita. Akan tetapi, ia akan dapat kepada kita sehinggan di dalam benak fikiran sentiasa mengingati sangat kepada Allah dan Nabi Muhammad.
"cinta kepada mu... sebenarnya, diri ini rindu kepada mu,.... "
Sebut sahaja Bahagia semua akan memikirkan pelbagai jawapan daripada pelbagai cabang ilmu kita pelajari sebagai hamba Allah. Bahagia boleh di beri pelbagai jawapan sama dari golongan atas (elit) atau golongan bawahan. Kerana bahagia bukan semua akan nikmati hatta kecapi nya. Hanya insan terpilih sahaja akan memiliki kebahagian ini. Dari mula kita bangun dari tidur sehinggan kembali tidur, ada macam-macam perkara yang kita lakukan , terfikir tak kita? sama ada kita rasai kebahagian.
Sebahagian manusia anggap bekerja adalah satu kebahagian yang sebenar. Akan tetapi ia sekadar menutup lorong-lorong kesepian dan kesunyian di dalam kehidupan. Ramai yang bekerja sentiasa STRESS dan KECEWA dengan apa dapat setelah melakukan pekerjaan seharian mereka. Sebab mereka sudah melupakan SANG PENCIPTA yang memberi REZEKI. Oleh itu, kena undur setapak ke belakang untuk membaiki kesilapan yang sering kita lakukan sama ada sedar atau tidak sedar. Fitrah manusia tidak terlepas melakukan kesilapan.
Tidak rugi kembali kepada SANG PENCIPTA kerana ia akan sentiasa memberi ketenangan di dunia hatta di akhirat kelak. Bukan senang kita akan menikmati kebahagian kurnian daripada Allah kepada kita sebagai hamba Allah. Sebagai ANAK-ANAK pula tidak terlepas juga kecapi kebahagian bersama ibu bapa tercinta. Selaku anak-anak , kita akan sentiasa tidak mahu bebani kepada orang tua kita dengan masalah yang kita hadapi sekarang. Ibu bapa sangat kenal anak mereka melihat riak wajah sahaja dapat kenali. Kerana naluri ibu bapa tiada siapa akan menipu.
" Kebahagiaan itu suatu kesyukuran "
Berjalan di atas dunia akan memberi satu kesan pada hati jangka masa dekat dan jangka masa yang panjang. Cuba kita bayangkan berapa ramai manusia yang sentiasa memikirkan dunia sehingga membuat alpa pada akhirat. Para alim atau cerdik pandai berkata, Dunia ibarat Fatamorgana, persis melihat di hadapan mata seperti air, walhal ia hanya terik panas yang membahang sahaja. Ramai daripada kita sudah tergoda dengan nikmat yang ada di dunia ini. Beberapa ramai terus alpa sehingga tidak sedar melupakan sang Pecipta.
Duhai sahabat-sahabat semua. Jangan terus lupa dengan pada Akhirat, kerana akhirat akan membimbing kita sehingga masuk syurga di janjikan oleh Allah. Tatkala kita tersesat di dunia boleh kembali kepada jalan yang benar, jika sesat menjumpai Allah nescaya syaitan menjadi tuhan kepada kita. Secangkir air di dalam gelas pabila di tuang air putih ia tetap di kata air kotor walhal pada zahirnya gelas itu sudah kotor sebelum air putih di tuang. Begitulah jua dengan kehidupan kita sebagai manusia di atas dunia ini. Jangan lupa permulaan kita dan jangan jua kita lupa pengakhiran kita. Sama ada baik kejadian atau sebaliknya.
Dunia sahabat-sahabat semua. Sudah tiba masa kita mengisi masa dengan amalan ibadah kepada Allah. Kerana kehidupan di atas dunia tidak menentu pengakhiran yang baik. Hanya amalan kita yang dapat menyelamat kita daripada seksa api neraka. Ingatlah api neraka lebih 700 kali ganda daripada api dunia. Api pemetik api di nyala di hala pada ibu jari pada beberapa saat sahaja kita terus membuang ia ke lantai.
Jom pulang mencari Redha Allah!
Sebut Sakit sahaja setiap orang tidak terlepas daripada terkena dengan pelbagai penyakit-penyakit sama ada berat atau ringan bagi antibodi badan kita. Semua sedia tahu, setiap penyakit yang di atas dunia ada ubat dan mujarab. Islam juga sarankan kepada kita berjumpa dengan para doktor atau bahasa lebih mudah bertanya pada ahli. Terfikir tak sahabat-sahabat semua setiap penyakit yang ada pada diri kita bukan kerana sifat KEJAM tuhan kepada kita. Kerana ia satu tanda kasih sayang Allah kepada diri kita. Terfikir tak semasa kita sihat wafiat pernah tak lidah mengucapkan Alhamduillah nikmat kesihatan yang baik.
Wahai sahabat-sahabat semua. Jangan kita terus melulu berkata kepada Allah , kenapa kena dekat aku, bukan kat orang lain. Inilah satu tidak redha akan ketetapan dari Ilahi. Ini membuat kita terus tidak berpercaya Qada dan Qadar dan rasa bertuhan kepada Allah. Inilah satu kerosakkan iman yang nyata. Sebagai contoh , Naim ada ibubapa yang ada penyakit darah tinggi hatta penyakit urat. Saban hari , Naim akan memberi satu AURA POSITIF kepada mereka. Kerana AURA POSITIF akan membawa kepada Redhaan kepada Allah dan sentiasa bersangka baik kepada Allah. Insha Allah, penyakit itu ada akan tetapi kekuatan diri melawan penyakit menjadi 100 %. Ubat makan sentiasa sebagai ikhtiar kepada pemyembuhan.
Ingatlah sahabat-sahabat semua, setiap penyakit ada ubat dan mujarabnya. Dan ingatlah sahabat-sahabat semua. Penyakit ini kita hidapi adalah penghapus dosa-dosa kita . Allah sedia jalan untuk hapus dosa-dosa dengan cara ini memudahkan kita senang masuk ke syurga Allah kelak.
Semoga kita berada di dalam rahmat Allah selalu , Insha Allah.
Sebut sahaja sesiapa sahaja di dalam dunia ini tidak pernah merasai berputus asa apa yang berlaku pada diri kita. Hatta diri Naim sendiri berada di zon sangat-sangat yang tidak mampu di cerita di dalam artikel kali ini. Apa maksud sebenar berputus asa ini? Berputus asa bermaksud sesuatu yang kita lakukan atau kita hajati tidak dapat di penuhi sekelip mata. Dan apa kita mahukan tidak mampu kita miliki sama ada kehendak atau keperluan seharian kita.
Dengan keadaan kehidupan kita sekarang sama ada di bandar atau di luar bandar kita akan berada keadaan dua zon yang berbeza. Yang pertama Zon selesa , selesa bukan bermakna kita sentiasa mendapat apa kita hajati akan tetapi zon selesa kita berada satu tahap yang mana kita boleh berfikir secara waras dan boleh menyusun strategi yang mampu membina diri dan kehidupan yang sempurna dan lebih baik. Manakala yang kedua Zon Tidak Selesa, jiwa kita akan menjadi gelisah dan tidak tenteram . Macam akan berlaku sesuatu perkara yang tidak baik akan menimpa kepada diri kita. Asbab itu kita kena keluar di zon Selesa dan Zon tidak selesa ini.Bukan bermakna kita menyendiri. Tak sama sekali!.
Hendak menjaga hati dan perasaan daripada terjebak kepada putus asa ialah jagan terlalu memikirkan sesuatu sehinggan menjadi stress . Jika stress, badan kita akan menjadi lesu dan tidak bermaya. Otak ligat berkerja akan kelamaan nya ia akan menjadi mata menjadi layu dan cepat mengantuk. Oleh itu, mari kita muasabah diri kembali apa perlu kita lakukan untuk tidak terlalu berputus asa di dalam kehidupan seharian kita.
Ubatnya ialah :-
Selaku seorang MUSLIM, kita kena kembali kepada ajaran agama kita iaitu Agama Islam. Berlarilah saudara-saudari kepada ajaran agama kita. Dengan agama kita dapat membaiki diri. Sentiasa berfikir positif pabila di hadapi dengan ujian yang mendatang kepada diri kita. Dengan itu, hati kita akan menjadi tenang apabila otak kita telah di setkan sebagai perkara yang POSITIF.
Jagalah hati dengan bersangka baik kepada Allah. Setiap ujian yang datang daripada Allah adalah terbaik di dalam hidup kita, sentiasa lidah basah mengingati Allah dengan cara berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Kerana dua perkara ini sentiasa di lakukan setiap hari . kita akan terhindar satu penyakit berputus asa dan tidak yakin kepada Qada dan Qadar daripada Allah S.W.T.
Wallahualam.
Dengan keadaan kehidupan kita sekarang sama ada di bandar atau di luar bandar kita akan berada keadaan dua zon yang berbeza. Yang pertama Zon selesa , selesa bukan bermakna kita sentiasa mendapat apa kita hajati akan tetapi zon selesa kita berada satu tahap yang mana kita boleh berfikir secara waras dan boleh menyusun strategi yang mampu membina diri dan kehidupan yang sempurna dan lebih baik. Manakala yang kedua Zon Tidak Selesa, jiwa kita akan menjadi gelisah dan tidak tenteram . Macam akan berlaku sesuatu perkara yang tidak baik akan menimpa kepada diri kita. Asbab itu kita kena keluar di zon Selesa dan Zon tidak selesa ini.Bukan bermakna kita menyendiri. Tak sama sekali!.
Hendak menjaga hati dan perasaan daripada terjebak kepada putus asa ialah jagan terlalu memikirkan sesuatu sehinggan menjadi stress . Jika stress, badan kita akan menjadi lesu dan tidak bermaya. Otak ligat berkerja akan kelamaan nya ia akan menjadi mata menjadi layu dan cepat mengantuk. Oleh itu, mari kita muasabah diri kembali apa perlu kita lakukan untuk tidak terlalu berputus asa di dalam kehidupan seharian kita.
Ubatnya ialah :-
Selaku seorang MUSLIM, kita kena kembali kepada ajaran agama kita iaitu Agama Islam. Berlarilah saudara-saudari kepada ajaran agama kita. Dengan agama kita dapat membaiki diri. Sentiasa berfikir positif pabila di hadapi dengan ujian yang mendatang kepada diri kita. Dengan itu, hati kita akan menjadi tenang apabila otak kita telah di setkan sebagai perkara yang POSITIF.
Jagalah hati dengan bersangka baik kepada Allah. Setiap ujian yang datang daripada Allah adalah terbaik di dalam hidup kita, sentiasa lidah basah mengingati Allah dengan cara berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Kerana dua perkara ini sentiasa di lakukan setiap hari . kita akan terhindar satu penyakit berputus asa dan tidak yakin kepada Qada dan Qadar daripada Allah S.W.T.
Wallahualam.
Assalamaualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Semoga anda semua berada di dalam rahmat Allah sentiasa. Bagaimana aktiviti anda seharian? Naim harap semua berada di dalam keadaan baik-baik belaka. Jangan lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga urusan kita pada hari ini akan di permudahkan oleh Allah. Insha Allah
Setiap penulisan kita di dalam media sosial akan mempengaruhi kepada perkara yang positif dan negatif akibatnya. Ramai hanya membaca pada satu-satu sumber dan mengabaikan beberapa sumber untuk di baca. Apa kata Tuan Guru Haji Hadi Awang
" Kalau apa yang ditulis itu baik, kemudian dibaca oleh orang maka beroleh pahala sepanjang masa. Ini adalah ganjaran menyebarkan maklumat yang mendidik rakyat. "
Pada mutahir ini, ramai yang hanya mencipta sesuatu yang tidak sohih dan di sebarkan di media sosial seperti facebook, instagram dan twitter dan akibat yang sangat besar iaitu adalah FITNAH yang sedang berlegar-legar di alam maya. Akan tiba manusia akan bermusuh-musuh angkara berita TIDAK BETUL atau PALSU. Firman Allah Bersabda :-
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah AL-HUJARAAT AYAT 6)
Oleh itu, berhati-hati di dalam penulisan kita di media sosial sama ada perkara itu benar atau tidak benar. Berhati-hati adalah perkara yang lebih baik daripada mencipta FITNAH yang akan membawa kepada kemusnahan akhlak secara perlahan-lahan.
Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua. Alhamduillah, kita semua sudah berada tahun baharu hijrah 1441. Meningkat satu tahun dalam usia kita , Allahu akbar~ Cepat sangat masa berlalu.
Semoga tahun baru Hijrah membuka lembaran yang baharu di dalam kehidupan kita seharian.