Naim Kembali Dunia Blogging

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 03, 2025
 Assalamualaikum semua, apa khabar sahabat-sahabat semua. Naim doakan semua di dalam rahmat Allah selalu. Mesti ramai sahabat-sahabat tertanya-tanya ke mana hilang 3 bulan lepas kan. Akhir entri adalah 28 Mac 2025. Sebenarnya Naim ada di dunia nyata. Akan tetapi kaku untuk menulis entri di dalam blog ini.

 Sepanjang 3 bulan yang lepas pelbagai  ada yang datang dan pergi iaitu bulan Ramadhan seterusnya masuk bulan Syawal, dan kini kita berada bulan Zulhijjah dan tidak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha. Apa erti pergorbanan  kita fahami semua.

Takat sekarang ini, gagah jua untuk menulis di dalam entri ini. Kerana Naim rasa kosong di dunia penulisan ini. Akan tetapi melihat sahabat-sahabat yang aktif terasa ingin menulis kembali. Sejak 3 bulan tidak aktif, hampir 5 follower blog ini hilang. Mungkin mereka ada sebab unfollow blog ini. Tak apa itu kehendak mereka sendiri. Dan silap daripada Naim jua kenapa tidaka aktif kembali.

Alhamduillah pageview masih kekal bawah 200 pageviews setiap hari. Cukuplah jangan bawah 100 pageview akan memberi kesan kepada traffik blog ini. Ini cukup makan sahaja. Manakala adsense seperti biasa sendu sahaja. 1 hari 1sen sahaja. Kini kumpul sudah 2 dollar .

Macam-macam cerita hendak di tulis di dalam blog ini. Perasaan yang terbuku di dalam  hati ini. Campur aduk perasaan yang hendak di coret. Tidak tahu mampu menulis di dalam entri ini. Jika ada kanvas  yang berwarna putih pasti sudah cukup 1001 warna menutup warna putih kanvas tersebut.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. itu lah kehidupan...pelbagai warna, pelbagai ragam...insya-Allah, semoga yang baik2 sahaja untuk kita semua..aamin

    BalasPadam
  2. welcome back, Naim! Perlu beristiqamah dlm penulisan blog ye. 1x seminggu pun dah memadai...

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS