pengikut pemudattbc

Isnin, 22 Mac 2010

puisi oh puisi..

Naim copy n paste daripada web kesayangan ku
==================
Sabarlah Wahai Hati

Dalam sunyi yang mencengkam jiwa
Ada rasa cinta dan lara
Yang membawa khabar gembira dan duka
Yang tak terluah dengan tawa dan hiba

Tika subuh membawa pagi
ku rasa sinar nurani
kian terbuku di lubuk hati
Menanti singkapan tabir cinta
Cuba memahami erti derita

Sabar ini terlalu indah untuk dihayati
Walaupun pahit manisnya tersembunyi
Walaupun pedih relakanlah diri
Mengenang nikmat yang berlalu pergi

Sabarlah wahai hati
Destinasi yang diimpi pasti kutawan
Walaupun jauh seribu keindahan
Jalannya penuh duri dan ujian
Hidup ini adalah perjuangan

Sabarlah wahai hati
Nikmat yang hilang akan kembali
Sabarlah dengan seluruh jiwa raga
Kerana hanya sabar ini yang tinggal
Setelah hilang segala-galanya


===================================
Kepada KEKASIHku,

ENGKAU selalu bersamaku setiap kali ku dilanda kesusahan,
ENGKAU selalu mendengar rintihanku tanpa jemu,
ENGKAU selalu bagi ku kata-kata semangat,
Dan nasihat melalui surat-surat cintaMU.

Di kala waktu pagi bila ku merindui,
Ku menghubungiMU untuk bersamaMU,
Tanpa rasa jemu dan bosan,
Agar ku sentiasa akan ingat kepadaMU.

Walaupun ku tak pernah menjumpaiMU,
Ku tahu ENGKAU menyayangi ku,
Walaupun ku kadang-kadang terlupa akanMU,
Moga kasih dan sayang ini takkan luntur selama-lamanya.

Ya ALLAH ya Tuhanku,
Yang Maha Pemurah lagi Penyayang,
Jadikanlah ku ini seorang hamba yang taat,
Agar ku tidak bisa mati dalam keadaan kufur,
Mahupun ingkar terhadapMU...

Amiin ya rabbal 'alamin...

***

Apabila kita disakiti,
Janganlah kita bersedih,
Dalam perasaan bersedih itu,
Mesti ada terselitnya hikmah.

Hati kita umpama kaca,
Rapuh dan keras,
Maka semailah hati kita,
Dengan iman dan taqwa.

Keimanan menguatkan hati kita,
Mengatasi segala kesedihan,
Apabila nikmat iman dan ketaqwaan,
Memberikan kita kemanisan tak terhingga...

0 comments:

Entry Paling Best

--------------