Showing posts with label pengajaran anime

Persahabatan Boleh Mengubah Dunia

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 26, 2021


 

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta pada hari minggu ini. Kita bersama-sama berdoa kepada Allah , agar kita semua selamat daripad wabak Covid-19 ini. Pada pagi ini kita kembali mengambil ibrah (pengajaran ) dari siri anime Boruto.

Kerinduan Anak Kepada Sang Ayah Part 2

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 22, 2020

 

kredit : fandom naruto


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ini sambungan dari entri pada pagi tadi dan ia akan menjadi penutup. Rakan Blogger Naim iaitu Atie bertanya, kenapa sharing sedih-sedih? Satgi Naim rungkai sedikit, stay tuned.

Selepas pertemuan pertama di antara Naruto dan Minato telah membuka lembaran baharu di dalam kehidupan Naruto. Kerana selepas pertarungan di antara Naruto dengan Pain yang telah memusnahkan kampung konoha . Telah membuat orang kampung Konoha sendiri mengiktiraf kewujudan Naruto dan beliau telah di anggap sebagai hero kampung. Ya, setiap orang ada pelbagai masalah peribadi bukan semua akan di luahkan kepada umum dan ada ruang untuk di luahkan bertepatan masa dan tempat jua.

Kehidupan seorang anak yatim piatu bukan semua akan memahami dan menyelami kehidupan mereka. Sebagai contoh di dalam siri anime ini dan creator telah membawa kita menyelami kehidupan mereka di alam anime supaya kita yang berada alam nyata lebih merasai syukur.


Peranan Ibu Bapa jua memainkan peranan penting di dalam kehidupan seorang anak. Perasaan berbaur sedih dan gembira di dalam jiwa naruto menruntuhkan ego seorang lelaki seperti Naim, kerana perasaan sedih pabila babak pertemuan akhir Naruto dan Minato menguris perasaan ini.


Apakah pengajaran akhr yang boleh kita simpulkan dari babak anime Naruto?

1) Hormati ibubapa selagi mereka masih ada di sisi kita

2)Sentiasa mendengar kata apa yang mereka tuturkan dan patuh apa yang mereka larang ke atas diri kita.

3) Dalam Islam, telah mengajarkan kita sebagai anak kena menghormati ibu bapa lebih utama.

4) Semoga kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa kita semua.

Akhir kalam dari Naim, Naim harap semua sentiasa ada sikap berbuat baik kepada ibu bapa selagi mereka ada di sisi kita. Jika mereka sudah tiada, sedekah doa dan surah al-fatihah agar roh mereka tenang di sana. Insha ALlah, Amin~. Naim ingat lagi pesanan seorang ulama, beliau berkata, jika mahu kelak ada anak yang soleh dan solehah. Kamu kena menjadi soleh dan solehah kepada ibu bapa kita. Contoh yang paling dekat dengan kita semua bagi orang Islam khususnya iaitu Nabi Muhammad. Kerana Nabi Muhammad adalah role model yang utama.

Kerinduan Anak Kepada Sang Ayah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 22, 2020


 
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Pada pagi ini Naim akan membawa satu siri pengajaran dari anime Naruto Shipudden.Kali ini watak utama Naruto dengan ayah dia iaitu Minato.

Naruto merupakan anak yatim piatu selepas kematian ibu bapa selepas terbunuh oleh Kurama ( fox) selepas serangan ke atas kampung konoha. Selepas itu, kehidupan naruto di selubungi dengan pandangan sinis masyarakat awam terhadap Naruto kerana sebahagian Kurama di kunci di dalam badan Naruto oleh ayahnya Minato. Jom kira layan pertemuan pertama Naruto dan Minato di alam lain.. ini anime ja. haha



Kerinduan seorang anak kepada ayah dia semakin membekas di dalam jiwa sebenar naruto..Terkeluar keluahan hati kepada ayahnya tatkala kehidupan dia di selubungi dengan masalah.

Nantikan part kedua dari Naim ya... 

Antara Dua Sahabat Baik

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 04, 2020



Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua. Naim harap semua di keadaan baik bersama keluarga tercinta.Sebenarnya tidak ada idea yang menarik untuk menulis di dalam entri, akan tetapi kena menulis agar blog ini tidak sunyi dan sendu. Tatkala kes covid-19 makin menggila di Malaysianya.

Malam ini kita layan sedikit pengajaran daripada siri Anime Naruto Shippuden. Sebut sahaja siri anime ini ramai yang akan mengetahui bagaimana jalan cerita dan di tambah plot-plot yang menarik dan di tambah twist jalan mendebarkan perasaan kepada penggemar siri anime berlawan ini. Di dalam kekecohan itu, ada pengajaran yang boleh di bawa ke alam realiti manusia dan Naim sendiri meneliti segenap pengajaran siri anime ini. Jom teruskkan membaca ya heheh.

Di dalam gambar di atas adalah duat kawan rapat di dalam satu kumpulan iaitu Hatake Kakashi (kiri) dan Uchiha Obito (kanan). Mereka  di zaman kanak-kanak memang tidak sekepala kerana Kakashi lebih bijak di dalam akademik berbading dengan Obito yang agar 'slow' di dalam akademik. Bagaimana mereka terus begini? Asbab mereka ada tali persahabatan yang susah di rungkai dengan mata kasar. Naim fast forward ke hadapan. Uchiha Obito pernah berkata kepada Kakashi dengan satu ayat yang memberi bekas (kesan ) kepada jiwa Naim sendiri. 

" Siapa yang tidak peduli kepada kawan, lebih terus daripada Sampah "

Scene itu Naim ulang berkali-kali untuk memahami apa maksud kata-kata tersebut. Akhir Naim menemuinya, maksud Obito siapa yang ada kawan dan tidak mengambil kisah (ambil berat) kawan dia ia lebih teruk daripada Sampah.Apa definasi sampah oleh Obito,  kita sedia maklum sampah adalah barang buangan yang tidak berguna begitu jua dengan kita tidak peduli kawan yang sedang berapa keadaan susah dan perit waktu itu.

Oleh itu, di waktu sebegini di pasca norma baharu kita sedang berdepan dengan krisis yang sangat memuncak di dalam kehidupan kita.Bagaimana kawan-kawan sekelilingi yang akan memahami keadaan kita atau membiarkan kita ibarat tunggul kayu yang hanyut di bawa arus deras sungai. Di waktu itulah kita akan memencilkan diri kan? Ia tidak berguna melakukan seperti itu. Langkah terbaik adalah kembali kepada Yang Maha Esa.

Itu sahaja untuk kali ini, idea yang pun habis setakat ini.Pengajaran adalah selagi kita ada kawan-kawan yang ada sekelingi kita, hargai ia walaupun ia menolong kta sekecil-kecil perkara kerana ia sangat bermakna kepada kita. Sebenarnya krisis besar antara dua kawan , sengaja Naim tidak panjangkan ia menggangu jalan cerita kepada pengajaran. Next time Naim kupas twist plot antara Cinta kot. haha.


This one OST theme  Uchiha Obito. Tatkala Naim sendu ( tak ada mood ) Naim layan OST theme ini. hehe. 

Dua Sahabat Yang Penuh Kisah Menarik

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 16, 2020


Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada semua sahabat-sahabat semua. Pada artikel yang lepas Siapakah Raja?.  Naim mengupas bagaimana Shikamaru memahami siapa Raja  yang ditanya oleh ayah dia. Pada kali ini Naim nak menulis antara dua sahabat yang penuh cerita yang ada 1001 cerita,  Iaitu Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke. Yang episod kehidupan mereka yang penuh suka duka yang mana membuat anda akan terpaku dengan kesungguhan seorang sahabat yang menarik keluar kawan dia daripada kegelapan dunia dan hati yang penuh dendam kesumat.  

Mereka berada di dalam satu kumpulan iaitu Kumpulan 7 bersama-sama  seorang lagi ahli iaitu Haruno Sakura dan guru mereka adalah Hatake Kakashi. Naruto ketika itu berasa geram melihat kekuatan yang ada pada Sasuke dan cuma akan menjadi lebih kuat daripada beliau dan waktu yang sama mahu orang kampung mengakui keberadaan Naruto di dalam kampung tersebut. Bermula dari Akademi Ninja terus peperiksaan Chunnin mereka bermula satu perkara yang akan mengguris perasaan seorang sahabat.




Akhirnya Sasuke membelot kepada kampung Konoha terus mengikuti Rogue Ninja Konoha iaitu Orochimaru. Kerana Orochimaru telah janji memberi kekuatan yang mampu mengalahkan sahabatnya iaitu Naruto. Hampir bertahun-tahun naruto memegang janji untuk membawa kembali Sasuke ke jalan yang benar.  Jom layan video ini :-



" Sebab kau adalah kawan aku " kata-kata Naruto yang meruntuhkan kan ego Sasuke. Naruto boleh di katakan seorang sahabat yang bersungguh-sungguh menyelamatkan jiwa seorang sahabat daripada terus tenggelam di dalam lembah dendam yang dalam. 

Mampukah kita sebagai manusia yang berada di dunia yang moden dan beragama Islam , untuk terus memimpin dan pegang sahabat kita dari terus tenggelam  ke lembah dosa?  Secara jujur kita tidak mampu berbuat demikian termasuk diri ini.  Akan tetapi kita ada senjata yang paling kuat ialah DOA. Dengan doa yang mampu memberi satu perkara yang positif untuk mereka terus yakin dengan kekuatan Allah. 

Rujukan video : youtube mxm production

Siapakah Raja

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 09, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada sahabat-sahabat semua. Bagaimana hari ini, Baik semua? Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Di sini hujan lebat sememang ia sekarang musim hujan. Seperti artikel kelmarin anime mengajar kebaikan- kupasan peribadi?. Pada pagi ini Naim nak nukilkan sedikit permulaan perbualan antara ayah dan anak.

The Future generations who will inherit the village from us, They are the king"

Kata-kata Shikamaru adalah satu kata yang mana? Nak lihat negara lihat kepada generasi muda pada negara tersebut. Bagaimana dengan Malaysia keadaan generasi muda sekarang? Secara amnya generasi kita di Malaysia boleh sakit kepala memikirkan keadaan mereka sekarang pada tahun 2020. Kebanyakkan mereka 'taksub' kepada aplikasi Tiktok. Nanti Naim kupas secara terperinci angkara Tiktok musnah generasi tersebut.

Kita kembali pada tajuk asal, Shikamaru seorang pelajar yang bijak dalam akademik. Dan pandai memain catur bersama ayah dan semasa hayat guru beliau iaitu Asuma Sarutobi. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua. Semasa beliau bermain catur bersama ayah atau guru beliau. Beliau memikir statregi memerangi musuh. Jom kita tonton Siapa Raja yang Naim katakan di atas..

.

Peranan ibu bapa di dalam pembentukan anak-anak sangat besar dan orang sekelilingi.

Anime Mengajar Kebaikan- Kupasan Peribadi?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 08, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada sahabat-sahabat semua. Pada pagi ini kira mukadimah atau lebih mudah , pembuka bicara satu artikel yang akan Naim nukilkan nanti.Bagaimana anime memberi pengajaran yang baik kepada kehidupan seharian kita. Naim mengambil pengajaran dari anime Naruto Shippudden. Mesti tertanya-tanya kenapa di pilih anime ini? Insha Allah Naim akan memberi alasan yang kukuh nanti.

Anime ini Naim mula ikuti siri semasa Naim di bangku sekolah lagi 2008 macam itu sehingga tamat siri pada tahun akhir tahun 2016.Kira hampir 8 tahun. Nampak macam membuang masa kan? Sememang ia tetapi ia memberi satu kepuasan kepada Kipas Susah Mati Anime atau bahasa orang sekarang Hard Fan.



Oleh itu, Jangan lupa untuk sentiasa jenguk-jenguk blog Naim ini. Insha Allah artikel berkisar scene-scene di dalam Anime yang dekat kita di dalam hidup bermasyarakat. Bagaimana mencari kasih sayang apabila ibu bapa mati sewaktu anak dia kecil? Bagaimana menghadapi konflik pershabatan yang mana dendam telah membekas di dalam hati. Timbul orang ketiga di dalam membuat fitnah di dalam satu-satu negara. Politik membuat negara-negara berperang satu sama lain walaupun maltamat tidak menghalalkan cara.

Banyak cerita yang Naim akan taip di dalam blog ini. Kena ada idea yang fresh dan sumber yang baik boleh lah menaip. Jika tidak draft memanjang 😇 .


kredit gambar :- https://wallpaperaccess.com/naruto
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS