Pada zaman Rasullullah S.A.W ,seorang yahudi telah menuduh seorang muslim mencuri untanya. Dia datang bersama empat orang saksi palsu daripada golongan munafik.Kemudian,Baginda memutuskan bahawa unta itu milik orang Yahudi tersebut.Manakala tangan orang Muslim itu dipotong.
Dalam kebingungan,oramg muslim tersebut terus mendongak ke langit dan berkata “Tuhanku,Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta tersebut”.Kemudian dia berkata kepada Rasullullah SAW, “Wahai Rasullullah SAW,sungguh keputusanmu itu adalah benar,akan tetapi mintalah keterangan daripada unta ini”.
Kemudian Rasullullah SAW beratnya kepada unta itu tentang siapa pemiliknya yang sebenar.”Wahai Rasullullah,aku adalah milik orang muslim ini sesungguhnya para saksi itu adalah dusta,”balas unta tersebut.
Rasullullah SAW berkata kepada orang muslim itu, “Hai orang muslim beritahu aku , apakah yang engkau buat sehingga Allah SWT menjadikan unta itu dapat bercakap perkara yang benar”.
Maka orang Muslim itu berkata, “Wahai Rasullullah, aku tidak tidur pada waktu malam sehingga lebih waktu aku membaca selawat ke atas engkau 10 kali”.
Rasullullah SAW bersabda “Engkau telah selamat daripada hukuman potong tangan di dunia dan selamat juga di akhirat kelak dengan sebab berkatanya engkau membaca selawat untukku..
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: