pengikut pemudattbc

Jumaat, 21 Oktober 2011

Bertudung Perintah Allah

salam alaik dan selamat malam sahabat pemudattbc. Korang apa khabar sihat tak? . Malam ini kita akan bermuhasabah diri sedikit ya. Ia sangat bermakna kepada diri kita terutama yang mengakui iman seorang Islam.Ok. Malam ini Naim nak sentuh bab bertudung.

Di dalam Islam siapa kena bertudung? lelaki atau perempuan? Semestinya perempuan.Kerana aurat wanita adalah seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan sahaja.Naim lihat di luar sana masih tidak mahu bertudung. Kenapa? panas ke? Itu panas di dunia sahaja , bayangkan panas api neraka Allah lebih kali panas dengan kepanasan dunia. Oleh itu, kenapa anda tidak mahu mengikut perintah Allah.
Di media massa malah di blogger banyak mereka tidak bertudung.Ada cakap

 "Muda lagi nak bertudung"

 "Tak beruban lagi"

 Pelbagai alasan mereka. Jika mereka beriman dengan Allah dan Rasul-NYA. Pasti mereka mematuh segala perintah Allah.

Allah telah berfirman di satu surah :-
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 24:31) 




Semoga ia manfaat kepada anda.
Saya bukan seorang Ustaz. Tapi saya seorang muslimin.kesian kaum muslimat di seksa ..

Wallahualam

12 comments:

Yatie Awang berkata... [Reply to comment]

entahlah memang banyak alasan kalau kita bertanya...

minta2 sahabat di alam maya ini mengambil ikhtibar

aniki berkata... [Reply to comment]

aku cam ang gak bro kesian tengok perempuan2 yang dapat dosa free camni.lelaki pun sama gak dua kali lima..bila tegoq,satgi depa ajak kita bertumbuk plak..hahaha

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata... [Reply to comment]

la...ada ke nak tunggu beruban nak bertudung... nape tak tunggu sampai dah xde gigi je hehe. Tudung itu wajib bila dah sampai akil baligh.

Jue AbdRahman berkata... [Reply to comment]

syukran naim atas peringatan :)

pengemis Cinta~ berkata... [Reply to comment]

nice sharing naim.. naim as muslim pun terseksa dan kesian tengok, pc as muslimah lagi la naim.. semoga diberi hidayah dan keampunan.amin..

naim berkata... [Reply to comment]

@Yatie Awang

Insha Allah.Akak. semoga mereka mengambil manfaat.

naim berkata... [Reply to comment]

@aniki
sebagai lelaki kita kena berdakwah..

p/s: sabaq2 bro. :)

naim berkata... [Reply to comment]

@Jue AbdRahman

Insha Allah.Akak. semoga mereka mengambil manfaat.

naim berkata... [Reply to comment]

@! AzzaAzman @ Chempaka Sari !

Yes.. :)

naim berkata... [Reply to comment]

@pengemis Cinta~

tq PC.. :)

Semoga manfaat.

aimie amalina berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah
semoga diri ini
diri perempuan yg lain ingat akak ini!

Naziman berkata... [Reply to comment]

Orang zaman sekarang semua beranggapan kalau nak taubat atau nak buat baik tunggu nak mati atau dah tua.

Entry Paling Best

--------------