pengikut pemudattbc

Selasa, 15 November 2011

Allah Kata Jadi-Jadilah?

Assalamaualaikum, dan selamat malam kawan-kawan semua. Korang duduk buat pe tu? sihat ker? Alhamduillah. Maaflah malam nie naim rasa kurang sihat. Maybe satu entry sahaja untuk hari ini. Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua.

Ok, korang nampak tak gambar di sebelah ini? ini gambar banjir pada tahun 2010 sekitar kedah dan perlis.Korang pernah merasai peritiwa macam ini tak. jika tak itu nikmat daripada Allah. Naim sudah lalui selama beberapa kali sekitar 2005 dan 2010 yang lepas.

Pelbagai masalah yang akan ditempuh ketika banjir macam ini. Yang pertama kesusahan mencari bahan makanan. Sewaktu air mula naik, naim rempit ke kedai sekitar 500 meter dari rumah membeli beras , sardin, roti gaerdenia dan beberapa keperluan lain. Untuk langkah-langkah berjaga-jaga.

Ada beberapa pihak mengambil hal ini sebagai modul politik sempit mereka. Mereka menyalahkan pihak kerajaan negeri. Walaupun dia dikuasai Pakatan Rakyat, Menteri Besar Kedah telah turun padang sewaktu beberapa kawasan telah dinaiki air banjir. Namun beberapa pihak hasad dengki mereka menyebar fitnah kepada Menteri Besar Kedah. Namun ia terpalit kepada diri mereka sendiri. Bak pepatah sahabat naim. baling tahi namun x reti cuci tangan.

Kini, pada tahun 2011 bersamaan bulan November , pelbagai NGO dan pihak kerajaan telah bersiap sedia menghadapi banjir. Pelbagai peruntukan telah di sediakan. Alhamduillah. Namun begitu, mereka korang terlalu takut dengan banjir. Ia cuma air sahaja. Bayangkan qiamat berlaku apakah yang kita nak sediakan?

Jom kita renungkan ayat akhir dari Surah Yassin :-

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (Yaa Siin 36:82)

Oleh itu, jika kita beriman dengan Allah dan kitab Allah. Insha ALlah. kita tidak akan resah .

Wallahualam. 

5 comments:

Aishah Jahirah(cik aisha) berkata... [Reply to comment]

nak kata xpernah, pernah tp masa kecik2 dulu, banjr kilat kt kl.dah besar xpnh lg la...pembangunan xtkawal pun menjadi punca banjir.tp xmembangun, mundur la negarakan...ada pro n kontranya.setiap berlaku ada hikmahnya..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata... [Reply to comment]

mestilah takut ia boleh mengorbankan nyawa anak kecil, menyebarkan penyakit dan catu makanan. Walaubagaimana pun anggaplah ia ujian dari ALlah.

Jue AbdRahman berkata... [Reply to comment]

ujian sume ni.. betul la kuasa Allah tak sape dpt menduga..

p/s: naim minta tlg doakan akak utk thn depan (tu pun klu naim paham la hehe)

Teacher Basariah berkata... [Reply to comment]

hmm..kat kepala batas dah mula buat persiapan sambut banjir ka?huhu..macam ayat sambut yb laks..

aimie amalina berkata... [Reply to comment]

sebenanye byk hikmah dn sebab kenapa kejadian begini dijadikan oleh Allah s.w.t kan..

Entry Paling Best

--------------