pengikut pemudattbc

Rabu, 11 Julai 2012

[Cerpen]Keberkatan Ramadhan Bahagian 1

Suatu hari Ahmad dalam perjalanan ke rumah sahabat baik beliau iaitu Rafizi untuk ketemu Rafizi baru pulang dari universiti kerana cuti semester.

"Dah lama aku tak pergi jumpa Rafizi, mesti ada cerita baik punyer"-monolog sendirian Ahmad.


Semasa di dalam perjalanan ke rumah Rafizi, Ahmad ternampak satu poster di pokok di tepi jalan.lalu beliau membenti motosikal beliau, lalu membaca poster itu.


"Marhaban Ramadhan, di surau kampung titibesi pada malam esok ,ustaz yahya.Best nie kena ajar si Rafizi sama"


Ahmad teruskan perjalanan ke rumah Rafizi.


                                                           ************************
Lalu Ahmad, sampai di hadapan rumah Rafizi, lantas Ahmad mengucap salam.


"Assalamualaikum! Assalamualaikum! Assalamulaikum!"


"Walaikumsalam, oh Ahmad "- jawab ibu Rafizi


"Erm, Rafizi ada tak makcik"


"Ada, tunggu sat, makcik panggil dia, kamu mari duduk dulu"


"Baik makcik"-lalu Ahmad meletak motor dia di bawah pokok mempelam dan lalu duduk bangku di luar rumah.


Lalu Rafizi keluar di muka pintu rumahnya dan menegur Ahmad.


Gambar hiasan






" Oi Ahmad, lama dah ka ang mai "?-sapa Rafizi


"Aku baru mai ja, saja mai ghumah ang, dengaq kata ang dah balik"-kata Ahmad kepada Rafizi.

"haha, apa cerita ang lanie"-satu persoalan kepada Ahmad

"Aku lanie macam ang gak, cuti semester. haha.. tapi dua bulan tau, sebab sistem baru politeknik. haha"-sambil gelak besar

"Oh lagu ka(macam itu ke?,erm Ramadhan kali ini kampung kita adakan apa program apa Ahmad"

"Aku mai sini pun nak habaq sama, tadi masa nak mai ghumah(rumah) ang, aku nampak poster dekat pokok tepi jalan tu, malam ada kuliah bersama Ustaz Yahya tajuk dia Marhaban Ramadhan"- bersemangat Ahmad bercerita kepada Rafizi.

"Oh cam best ja, dah lama aku tak dengaq kuliah Ustaz Yahya,erm tak lama noh nak posa , tinggai seminggu sahaja kan"- kata Rafizi kepada Ahmad

"Ha'ah, betul lah.kiranya malam ini jadi ka, ang mai surau ka? " tanya Ahmad.

"Jadi punya, kita mayang(solat/sembahyang) manghrib dekat noh"-kata Rafizi.

"Ok bos!".

                                            ***** Bersambung*********

*Yang di blod itu adalah loghat kedah. harap paham ya, Insya Allah akan di sambung pada bulan Ramadhan ini. Doakan ya.

Bagaimana korang nak sambung ramadhan? ce komen cikit. sebelum beredar. jom dengar lagu ini.


3 comments:

KY berkata... [Reply to comment]

lambat lagi tu nak sambung hehehe...

tahun ni KY sambut Ramadhan macam tahun2 yg sudah juga

LadyBird berkata... [Reply to comment]

jalan citer best.. tp dr segi struktur ayat, tatabahasa, olahan mash banyak yg perlu dibaiki..

p/s : sorry, komen mcm msh jadi editor jer.. ngeh3x..

wafiy suzly berkata... [Reply to comment]

sambung waktu puasa ke ni? hee. keep writing bro. cuma kena double check certain2 part. :)

Entry Paling Best

--------------