Sunnah Nabi Pada Hari Jumaat

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 26, 2021

kredt takabur daily

 

Assalamualaikum dan selamat pagi yang mulia. Jumaat yang barokah dan semoga hari ini Allah mempermudahkan segala urusan kita uruskan pada penghulu segala hari ini. Semoga Allah memelihara kita daripada segala penyakit dan wabak.



Pada hari Jumaat ada banyak sunnah-sunnah baginda Nabi Muhammad yang boleh kita amalkan sama ada lelaki dan wanita. Pada hari Jumaat para lelaki di wajibkan untuk Solat Jumaat dan di sunatkan pergi awal untuk mendapat ganjaran pahala yang banyak sekali. Tambahan pula, waktu sekarang telah benarkan orang ramai boleh pergi masjid. Besegeralah pergi awal boleh dapat saf di hadapan. Pahala di saf hadapan lebih besar seperti seekor unta (kiasan).

Jom kita ambil tahu apa sunnah-sunnah Baginda Nabi Muhammad yang kita boleh lakukan pada hari Jumaat :-

1) Memperbanyakkan doa dan zikir

2) Memperbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad

3) Membaca surah Al-Kahfi

4) Bersugi, memotong kuku dan memotong bulu-bulu di tubuh badam

5) Mandi Sebelum Jumaat ( khusus untuk lelaki)

6) Memakai minyak wangi

7) Memakai pakain terbaik ( jika lelaki afdhal pakai pakaian putih )

8) Bersegeralah ke Masjid


8 Sunnah Baginda Nabi Muhammad boleh kita amalkan pada hari Jumaat, Jika niat mengamalkan sunnah ini untuk mengikut Nabi Muhammad, ganjaran pahala menanti kita semua. Pada akhir zaman , ramai orang telah meninggalkan sunnah-sunnah Baginda ini. Oleh itu, marilah kita menghidupkan kembali sunnah-sunnah ini semoga Allah merahmati kita semua, Insha Allah! .

Akhir sekali, semoga kita tak lupa kepada Baginda Nabi Muhammad dengan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda . Ynag lebih penting banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad. Dengan berkat berselawat Allah memberi kemurahan rezeki dan di lapang segala urusan harian kita. Insha Allah.


SHARE 9 comments

Add your comment

  1. terima kasih Naim sbb berkongsi sunnah nabi pd Hari Jumaat ini. Cuma hari ni hujan. Cukuplah mandi lps subuh td..sejuk la...

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang menarik. Terima kasih Naim.

    BalasPadam
  3. perkongsian dan ingatan yang amat berguna untuk kita semua

    BalasPadam
  4. Jom kita sama-sama amalkan sambil berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS