kredit https://thekmprojects.files.wordpress.com |
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua sihat di bawah rahmat Ilahi. Hari ini hari Jumaat, marilah kita banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad, semoga Allah mempermudahkan urusan harian kita.
Sebut sahaja adab anak-anak terhadap ibu bapa adalah merupakan tuntutan agama Islam menerangkan adab dan akhlak seorang anak-anak kepada ibu bapa sama ada di waktu kecil hingga sudah dewasa, ataupun sudah berkahwin pun. Adab akan sentiasa ada di diri kita sendiri. Kerana Nabi bersabda Redha Allah terletak pada redha Mak dan Ayah. Jangan datang murka Allah, jika kita tak dapat redha ibu bapa .Nampak ia benda remeh tetapi kesan kehidupan kita sangat besar.
Di dalam kitab karangan Imam Ghazali iaitu kitab Bidayatul Hidayah ada satu bab tentang adab-adab anak kepada ibu bapa.Pada halaman 160 hingga 161 . Jom kita halusi bab ini
Adab-Adab seorang anak terhadap ibu bapa ialah :
1) Hendaklah ia mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa
2)Hendaklah ia berdiri ketika ibu bapanya berdiri kerana menghormatinya
3) Jangan ia berjalan di hadapan keduanya
4) Hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan kedua-duanya.
Ini sebahagian adab yang tercatat di dalam kitab karangan Imam Ghazali dan kemudian di terjemaah oleh Guru yang mulia Syeikh Fahmi Zam-Zam. Mari kita sedekah al fatiha kepada kepada Imam Ghazali dan Syeikh Fahmi Zam-Zam. (Al Fatihah).
Pada no 2 di atas perlu kita perbaiki diri, jika berhadapan dengan ibu bapa. Jika adab bertandang ke rumah sahabat dan jiran. Ada adab yang di tuntut tunggu di muka pintu jika tuan rumah sehingga bayang tetamu tiada barulah tuan rumah tutup pintu. Ini pula seorang anak perlu amik berat jika hendak pulang ke rumah masing-masing selagi ibu bapa masih menunggu di luar untuk melihat kita, lebih baik kita duduk di luar kenderaan . Adab dan akhlak seorang anak hatta menantu mesti mencapai redha Ibu bapa.
Hati seorang orang tua sangat lembut bila menjangkau usia emas ini, jangan kita pikir hal sendiri, kerana hati mereka sangat lembut bak sutera.Mak dan Ayah mentua tarafnya macam Mak dan Ayah sendiri.Sebab itu orang dahulu-dahulu mereka sangat menekan bab akhlak dan adab walhal mereka daripada kalangan orang tidak berpindidikan tinggi . Tetapi akhlak dan adab mereka sangat tinggi.
Akhir kalam, semoga kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa selagi mereka masih ada. Sudah tiada baru nak terasa menyesal.Keluar air mata darah sudah tak berguna lagi. Berjaya kita sekarang kerana pengorbanan ibu bapa kita.
terima kasih share
BalasPadamSama-sama kak, semoga bermanfaat.. :)
Padam