2024 -Satu Perjalanan Yang Baru Tetapi Track Masih Sama

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 08, 2024

2024


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Alhamduillah kita sudah masuk tahun masihi bagi 2024 ini. Memori 2023 telah kita kunci sebagai kenangan terindah. Semoga 2024 memberi kebaikan kita semua.

Di dalam dunia blogging ramai lagi masih aktif, Alhamduillah kerana dunia blogging sangat rapat dengan penulisan. Sebab itulah ramai yang rajin menulis apabila terjun ke dunia blogging, idea mereka sentiasa ada dan kerap update artikel-artikel baru.

Bagi Naim, semua blogging ini memberi satu kepuasan kepada kita . Kekadang menulis di dalam blog ini memberi satu perasaan yang sangat baik kepada diri blogger itu sendiri.  Ada menjadi blog satu cerita dan memberi gambaran siapa diri mereka sebenarnya dengan  susur bahasa badan gaya bahasa penulisan. Ia menarik minat untuk kita terus membaca.

Sebut pasal azam acap kali tiba masuk tahun baru. Azam sentiasa ada kekadang kita tidak tertunai pun azam itu. Biar tersimpan di buku kenangan . Bukan apa sahabat-sahabat semua. Azam ini adalah satu cita-cita atau bahasa lebih moden satu pencapaian atau satu target untuk kita gapai. Semangat berkobar-kobar tetapi tindakan masih zero.

Di dunia luar seperti Palestin masih berlaku peperangan, kekejaman Zionis masih di pandang serius walhal dunia blogging kurang menyentuh isu sebegini. Naim harap di lubuk hati mereka masih sayang bumi Aqsa tercinta ini.

Tanggal 8 Januari 2024 baru Naim menulis untuk tahun baru ini. Sebab itu lah Naim tajuk hari ini Satu Perjalanan yang baru tetapi track masih sama sebab seorang muslim mesti mengikuti jalan penuh onak duri dan masih menjaga halal dan haram.

Naim doakan , semua sahabat-sahabat blogger di pelihara oleh Allah. Jagalah kesihatan masing-masing dan terus berdoa kepada saudara-saudara kita di bumi Palestina. Insha Allah Palestin akan bebas~ Insha Allah!
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Selamat trahun baharu tuan...moga terus konsisten menulis sebagai wadah perkongsian buah fikiran dan ilmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tahun baru. Semoga kita semua di pelihara oleh Allah

      Padam
  2. Amin. Semoga kita cemerlang menempuh ujian.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS