Salam AidilFitri 1445 Hijrah Dari Naim

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 25, 2024


Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat. Hari ini dah masuk 17 Syawal. Dan rasa belum terlambat walhal sepatutnya malam raya kena post entri ini dan terlampau sibuk. Naim mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan blogger.

Tahun ini raya simple sahaja dan rasa raya tahun ini lebih kepada famili sahaja kerana situasi peperangan di bumi Palestin memberi kesan juga. Jangan di lupa terus mendoakan mereka di sana. Makanan juga di sediakan seperti raya tahun-tahun sudah. Pakaian raya tahun ini pun Naim tak beli, lebih kepada memakai pakaian 3 tahun lepas kerana masih elok.

Perasaan tak , tahun ini Ramadhan terasa cepat berlalu dan cuaca di Kedah semasa bulan Ramadhan tahun sangat terik sangat. Pabila berbuka puasa, selepas makan kurma kena teguk air banyak kerana terasa sangat dahaga.

Kepada sahabat-sahabat yang masih free dari rumah terbuka hari raya boleh berpuasa sunat 6 hari bulan Syawal. Akhir kalam Naim share lagu lama hari raya yang penuh bermakna. Selamat Hari Raya semua!

 

SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS