Bulan Ogos Menjelma Bersempena Hari Kemerdekaan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 10, 2024
 Assalamualaikum semua, entri pertama untuk bulan Ogos 2024. Ogos sangat istimewa kepada rakyat Malaysia. Kerana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-67. Alhamduillah sudah 67 tahun kita sudah berada kemerdekaan daripada cengkaman penjajah walhal kita masih di jajah dari segi pemikiran dan sosial kehidupan.

Kita perlu bersyukur kerana ada nikmat aman dan tenang di muka bumi Malaysia. Ia sangat berbeza buat saudara-saudara kita di bumi Palestin. Malam mereka di hiasi bunyi dentuman bom dan tembakan peluru. Mereka sengsara tiada bekalan air bersih hatta makanan pun tidak menentu.

Sahabat-sahabat semua. Saat kita berada serba serbi baik jangan di lupa mereka di sana. Mereka sedang memburu kemerdekaan, sedangkan kita sedang menikmati kemerdekaan dalam tidak sedang kita sudah kembali di jajah di depan mata sendiri seperti minda dan sosial kehidupan.

Kerna apa, adab sudah mulai hilang di dalam dada manusia. Tak kira umur , hatta dewasa atau orang muda. Kerana  kehidupan seharian memikirkan wang dan harta . Sampai keluarga di belakangi demi dunia. Kerana seorang mentor memberi ajaran yang sesat maka dunia mereka mula memikir wang dan harta tak kira pagi atau malam.

Ini memberi kesan kepada pembesaran anak-anak mereka. Jika awal usia sudah memberi  gajet seperti telefon. Ia akan memberi kesan kepada anak-anak mereka. Percayalah anak mereka akan mengalami tantrum sangat kronik. Bila emosi mengawal pemikiran anak-anak itu akan mengamuk seperti menangis sambil memukul badan atau lebih kronik sanggup memecah barang-barang di dalam rumah. Nak pujuk anak-anak bagi balik telefon. 

Kerana mentor jua mereka sudah melebihi mentor daripada adik-beradik hatta ibu bapa sendiri. Adab sudah hilang kerana sudah melebihi harta dan wang. Hanya mampu berserah kepada Allah agar manusia seperti ini di ketuk oleh Allah agar kembali kepada yang benar.

Sahabat-sahabat semua, kita semua ada masalah yang pelbagai cabang. Akan tetapi jangan sekali-kali berputus asa dengan Allah. Terus bermunjat kepada Allah agar masalah yang kita hadapi akan di selesaikan oleh Allah. Percayalah sahabat-sahabat semua. Allah beri ujian adalah memberi kebaikan kehidupan kita agar terus menjadi lebih baik. Manusia di atas dunia bukan semua sempurna. Tetapi kita jua berubah kepada kepada kebaikan.

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS