Pejalan Malam - Khalifah Dan Rabbani

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 10, 2024

Pejalan Malam Khalifah X Rabbani

 
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua. Sebut sahaja Khalifah dan Rabbani semua  sedia maklum kumpulan ini. Ini kali pertama mereka berkolabarasi di dalam lagu bertajuk Pejalan Malam.

Naim pasti di dalam lirik ini membawa maksud kepada junjungan besar Nabi Muhammad. Masya Allah dengan gabungan suara Yabang dan kumpulan Rabbani memberi impak kepada industri muzik tanah air ini. Sebelum ini ada kumpulan bergabung dengan kumpulan genre rock seperti Raihan dan Dato Awie dengan lagu Dari Tuhan.

Di dalam lirik Pejalan Malam membawa satu sirah perjalanan Baginda Nabi Muhammad iaitu Israk Mikraj jika tidak silap Naim. Memang lagu ini memberi kebaikan kepada pendengar di luar sana. Kerana sekarang susah mendapat lagu ketuhanan dan memberi satu kisah peribadi Nabi Muhammad.

Lagu ini sudah berada di Youtube pada 16 Ogos 2024. Sudah mencecah 359,898 views setakat  10.50 malam pada tanggal 10 September 2024. Naim harap lepas ini ada lagu bersifat ketuhanan daripada Khalifah dan Rabbani. Baru mantap dan seronok mendengar .

LIRIK

Dia pilihan tuhan
Cahaya kehidupan
Terangi jagat alam
Bersamanya rahmat tuhan

Redup awan bersamanya
Kembara membawa tanda
Bersamanya hukum tuhan
Insan mulia kekasih Allah

Umpama bulan purnama
Wajah yang indah
Dan kilau cahaya
Sikap dan tingkah
Lelaki mulia
Makhluk di langit
Bumi memujinya

Ya Rasulallah
Ya habiballah
Ya Nabiyallah
Ya Shafiyallah

Dialah hamba 
Berjiwa
Kemahsyurannya 
Tiada terkata
Ada pun bulan 
Yang terbelah dua
Di saksi Raja
Marakkan imannya

Di jalan malam
Pantasnya
Bakkah ke Aqsa
Ke pintu langitnya
Di cuci dada
Memilih jalannya
Menjadi hamba
Tidak menjadi raja

Dia pilihan tuhan
Cahaya kehidupan
Terangi jagat alam
Bersamanya rahmat tuhan

Redup awan bersamanya
Kembara membawa tanda
Bersamanya hukum tuhan
Insan mulia kekasih Allah

Pabila tiba
Di sana
Sidratul Muntaha 
Persembah dirinya 
Membawa 5 waktu 
Yang indah
Bersembah sujud 
Kepada yang Esa

Ya Rasulallah
Ya Habiballah
Ya Nabiyallah
Ya Shafiyallah

VIDEO


SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS