September Menjelma Bersempena Maulid Nabi Muhammad

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 05, 2024


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat blogger. Alhamduillah kita sudah masuk bulan September. Kita sudah berada di penghujung tahun 2024 dan bertepatan dengan kelahiran Nabi Muhammad. Bersempena Bulan Maulid Nabi, marilah kita banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad.

Sebenarnya banyak kelebihan berselawat kepada Nabi Muhammad. Salah satu nya hati akan menjadi tenang daripada pelbagai masalah kita sering hadapi selalu. Mana mungkin Hamba Allah, tiada masalah yang kita hadapi. Jangan risau Allah bersama-sama kita jika kita selalu mengingati-NYA.

Hampir sebulan Naim tidak update apa-apa entri kerana kekeringan idea di tambah sibuk dengan urusan peribadi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sahabat-sahabat blogger semua.

Terasa cemburu pabila melihat rakan-rakan selalu update entri. Apakah daya, idea kering persis musim kemarau.Insha Allah, Naim akan sedaya-upaya  untuk kembali aktif di dunia blogging.

Melihat adsense pun sendu jika tiada entri di dalam blog ini. Semoga Allah beri semangat kepada diri Naim untuk terus berkarya di dunia blogging. Akhir sekali, jangan putus berselawat kerana selawat adalah penghubung kita dengan Nabi Muhammad.
SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS