Assalamualaikum sahabat-sahabat smeua. Malam ini sekadar luahan dari lubuk hati Naim sendiri.Kerana cemburu melihat rakan-rakan blogger kerap entri satu hari 3 entri
Sahabat-sahabat semua, mutakhir ini banyak isu yang berlegar-legar di persekitaran kita. Sebagai contoh salah satu peniaga mempromosi produk makanan dengan gaya agar lucah. Naim tidak boleh bayang bagaimana mereka boleh terjebak dengan bad marketing ini.
Kita sedia maklum , sejak kewujudan media sosial Facebook, Instagram dan Tiktok , ramai menggunakan platform untuk berniaga. Tidak salah untuk berniaga tetapi mempromosi produk dengan cara tidak baik boleh mencacatkan masyarakat dengan budaya yang tidak sihat.
Senang founder rasa bersalah minta maaf dan susun strategi yang mempunyai bad marketing dan kemudian minta maaf lagi. Putaran ini sama sahaja dan lagi teruk mempergunakan wanita dengan pakaian seksi. Macam harga diri wanita seteruk itu.
Makin fikir makin serabut otak dengan masyarakat Islam di Malaysia. Rasa-rasa Naim seorang merasai perkara sebegini. Dan tidak ramai mampu meluahkan isi hati di dalam ruangan entri sebegini. Jika hendak berniaga seperti Baginda Nabi Muhammad. Kena berfikir tentang halal dan haram. Jangan pakai serbu dan memikirkan keuntungan semata-mata.
Apa pandangan kalian semua, sila komen di bawah. Terima kasih
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: