Jopatri- Gugusan Cahaya

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 19, 2025
 Assalamualaikum semua, hampir dua bulan menghilang diri . Rasa akhir bulan November tahun 2024 last Naim update di blog ini. Maaf semua kerana bonda Naim tak berasa sihat selepas banjir akhir tahun 2024. Alhamduillah bonda semakin sembuh. Mohon doa daripada rakan-rakan blog semua.


Saat bonda sakit atau ibu bapa di timpa kesakitan ia bukan ujian kepada pesakit tetapi ujian kepada anak-anak. Adakah mampu menjaga ketika mereka sakit. Insha Allah jika ada kelapangan  , Naim akan kembali aktif semula. Naim hendak pastikan bonda Naim boleh urus  diri dengan sendiri. Mohon doa daripada rakan-rakan blogger. 

Naim tinggal lagu dari rakan bumi Pattani dari kumpulan Jopatri dan tajuk lagu mereka Gugusan Cahaya.



LIRIK

Seindah burung beterbangan berwarna
Seindah Manusia bukanlah berbedah marwah
Berhari hari diganti kegelapan
Kuyakin cerah kan tiba walau pekat malam

Kutahu ini bukan yang sia-sia
Kutahu hatiku ragaku hanyalah Abdi
Berkali-kali dipijak dijatuhkan
Kupantang tunduk berserah walau tuntas darah
Oh~~~

Hadiahkanku sehelai baju Haji Sulung
Yang membawa aku terbang bebas melayang
Bukankah baju mengguncang belalak di mata
Belalak di mata musuh Melayu raya (Raya)

Bersobarlah wahai pejuang
Melangkahkan kaki kehadapan
Tersenyumlah wahai pejuang
Menyerapkan hati dengan Iman

(Puisi)
Baju bukan peluru yang kamu nak cemburu
Baju bukan pedang
Baju penanda Insan
Engkua buleh memotong bunga semua
Tapi kau ingat!
Kau tak dapat menahankan
Musim bunga datang
Musim bunga berkembang

Gementar gegar seluruh hati musuh
Melihat Belang Raungan di tepi pantai 
Harimau belum menerkam sekadar berdiam
Menikmati deru angin menunggu hujan (Turun)

Bersobarlah wahai pejuang
Melangkahkan kaki kehadapan
Tersenyumlah wahai pejuang
Menyerapkan hati dengan Iman

Yakinkanlah wahai semua
Baru baju musuh sudah gila
Yakinkanlah wahai semua
Perjuangan Haji Sulung Muda
 
Biar peluh jadi tanda (Tanda)
Biar darah jadi baja (Baja)
Biar badai yang melanda (Landa)
Hembus pasir jadi bara

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS