Naim Kembali

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 11, 2025

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger. Terasa lama tidak menulis di dalam blog ini. Last entri iaitu bulan 7 hari tu. Hampir dua bulan tidak menulis di dalam blog ini. Alhamduillah pageview masih kekal 200 sehari pageviews.


Bukan apa kerana sibuk dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk kembali aktif di dunia blog ini. Naim lihat ada blogger telah bertukar kepada tiktoker. Kepesatan teknologi membuat ramai merasa bosan untuk menaip panjang-panjang. Dan berfikir siapa akan membaca setiap entri kita kelak.

Kepada sahabat-sahabat masih aktif di dunia blogger ini. Yang pertama kena betulkan niat dahulu dan semak ada plagiat mana-mana entri dari rakan blogger. Kekadang plagiat membuat kita rasa betul. Naim pernah melakukan plagiat iaitu tidak memberi kredit gambar kepada tuan asal. Akhirnya Naim padam gambar tersebut.

Nampak remeh kan, tetapi memberi kesan kepada owner yang sebenar. Dan mutakhir ini banyak isu-isu semasa sedang hangat di perkatakan sama ada di dalam negara dan luar negara. Kita doakan semua di pelihara oleh Allah.

Paling mustahak, sekarang musim sakit demam, oleh itu, pakat jaga kesihatan semua. Insha Allah


SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS