Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sahabat blogger. Yang pasti kurang seminggu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan. Apakah kita bersedia menerima kehadiran bulan Ramadhan penuh berkah ini.
Ramadhan sentiasa menjadi pesta ibadah kepada para umat Islam seluruh dunia. Oleh itu marilah kita lipat ganda ibadah di bulan Ramadhan tahun ini. Mungkin tahun hadapan kita tak mungkin bertemu lagi. Rasanya bulan Ramadhan tahun ini kita kena bercita-cita untuk mencari kebaikan di dalam bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan bukan sahaja menahan lapar dan dahaga semata-mata. Ia melibatkan ibadah yang mana pahala di libat ganda daripada biasa. Jom kita tanam azam dari sekarang untuk berzikir, bersedekah di dalam bulan Ramadhan tahun ini. Insha Allah.
Acap kali tiba bulan Ramadhan, stesen televisyen swasta berbayar kerap menayang drama semata-mata. Jangan buat masyarakat lalai daripada keberkatan di dalam bulan Ramadhan. Jangan buat Ramadhan benda jual beli dengan harga murah.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini .Insha Allah. Ramadhan Kareem
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: