pengikut pemudattbc

Isnin, 20 Mei 2019

Jujurlah Wahai Peniaga Bazar Ramadhan- Jangan Menipu?



Ramadhan tidak terlepas masyarakat untuk buat duit lebih dengan keadaan ekonomi sekarang tidak menentu . Berniaga di bazar Ramadhan boleh mendapat keuntungan yang berlipat gandaanya. Yang pasti  ramai yang mahu berniaga pelbagai jenis lauk -pauk serta kuih muih.

Kepada peniaga berlaku jujur kepada pembeli, jangan kita berbohong dan menipu di dalam jual beli. Kerana menipu di dalam urusan jual beli adalah haram di sisi agama kita. Jika berniaga lauk-pauk berpada-pada satu hari sahaja. Kuatiti biar sedikit dan kualiti adalah terbaik. Agar tidak berlaku keracunan makanan pada pembeli.

Baru-baru ini 40 Pelajar keracunan makanan, akibat satu moreh yang di sumbangkan oleh satu pihak mengakibat keracunan makanan.  ( sumber di sini ).

Nak dapat duit pun, fikir halal dan haram juga. Kerana duit itu akan menjadi darah daging kita. Makan duit haram membuat hati kita menjadi keras. Semoga ia manfaat kepada anda semua.

Wallahualam.

2 comments:

mamapp berkata... [Reply to comment]

Para prniaga fan katerer perlulah memastikan makanan tu fresh Dan x tercemat. Kesian org berpuasa diperlakukan sebegitu

Shuhaida berkata... [Reply to comment]

semoga anak-anak diberi kesembuhan.



Entry Paling Best

--------------