pengikut pemudattbc

Sabtu, 17 Ogos 2019

Kita Buat Keputusan Di Dalam Kesakitan




" There are times when people must make painful choices

- Uchiha Itachi -

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, Bagaimana anda pada hari ini. Naim harap semua baik-baik belaka. Di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad S.A.W. Semoga di akhirat kelak kita akan bersama-sama Baginda. Cuti persekolahan bakal tamat , esok sudah bermula sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.  Yang mana hendak pulang ke ibu kota.  Memandu dengan herhemat dan baca doa dan bismillah.


Berbalik kepada tajuk entri kali ini, Naim quotes satu ayat dari anime Jepun iaitu Naruto Shippuden dan mengambil ibrah (pengajaran) dari satu watak di dalam anime ini iaitu Uchiha Itachi. Naim rasa hampir semua meminati siri anime ini. Dah pernah ikuti secara langsung atau tidak langsung. Sebelum Naim kupas secara mendalam pengajaran dari anime ini. Naim nak story sedikit siapa Uchiha Itachi ini.

Uchiha Itachi adalah seorang yang genius di dalam keluarga, dan menjadi skuad elite di dalam kampung pada usia yang mula iaitu belasan tahun. Akan tetapi pada suatu ketika,  Puak mereka iaitu Uchiha mahu melakukan pemberontakan di dalam kampung iaitu KUDETA. Kudeta ini adalah rampasan kuasa secara paksaan dan multak. Berita ini sampai kepada Hokage ( Ketua Kampung) lalu ia memberi kata dua, sama ada biarkan sahaja ini berlaku dan stop perkara ini.Lalu Uchiha Itachi mengambil misi ini sebagai membentikan pemberontakan kaum dia sendiri. Uchiha Itachi berpakat dengan Uchiha Obito (watak yang jahat dalam siri anime) membunuh puak mereka dengan kejam sekali. 

 Layan ini hampa akan paham


Ia nampak seperti kejam, akan tetapi benda yang kita tidak dapat halang daripada terjadi iaitu rampasan kuasa. 

Selepas itu, Itachi cerita yang cerita yang sebenar


Bagaimana dengan kita? Kekadang kita sama macam Uchiha Itachi berbelah bagi di dalam membuat keputusan yang baik lebih baik . Kekadang ia akan membuat diri ini di dalam peringakat tekanan perasaan yang sangat tinggi. Salah membuat pilihan di dalam sesuatu keputusan pun sudah memadai di dalam stress yang sangat tinggi. Kenapa ia berlarutan? Kerana kita termakan dengan fitnah yang ditabur setiap masa  . Untuk apa? demi Kuasa ...

Akan tetapi, apabila kita sabar di dalam membuat keputusan. Selidik terlebih dahulu dan berfikir yang mana banyak membuat kerosakan yang lebih besar lepas ini. Doa dan pentunjuk dari Allah adalah jalan terbaik . Ingatlah, kita tidak akan di patuk buat kali kedua...


18 comments:

Sherry Go Sharing berkata... [Reply to comment]

I agree with you, even in life sometime there is painful choice to make too. Life has up and down too, we cant please all.

Marina Bashah berkata... [Reply to comment]

Kita sebagai manusia tak lari dari perlu membuat pilihan. Pernah dulu zaman study, motivator tu bagitau, walaupon kita dipaksa buat pilihan tersebut, kita harus bertanggungjawab atas pilihan yg kita dah buat

AhmadiKatu.com berkata... [Reply to comment]

Perkongsian yang menarik dari tuan :) Santai dengan mengaitkan siri animasi popular dari Jepun membuatkan kita tidak rasa berat dalam menghabiskan membaca keseluruhan teks. Moga dengan perkongsian tuan ini kita dapat mengambil ibrah yang baik. Thanks tuan.

adianiez AIDA berkata... [Reply to comment]

anime.
naruto.
hokage.
familiar words bcoz husband aida peminat tegar anime :)
decision kena dtg dgn kewarasan dan kebijaksanaan.
can never decide bila keadaan tak tenang.
aduhai. membuat keputusan ni adalah satu tanggungjawab.
bebetul la buat.
if not, menjawab lah nanti depan Allah :( hu hu hu hu...

Wai Yee aka Rane berkata... [Reply to comment]

Thanks for your thoughtful post. The life is our's. Let's live it to fullest instead of just trying to please everyone.

Jia Shin Lee berkata... [Reply to comment]

Love the way you connected us from the anime to real life events we all face

Ana Suhana berkata... [Reply to comment]

Bila dlm keadaan stress dan perlu buat keputusan segera, kesilapan pasti akan berlaku. Sebaiknya bertenang dan berdoa agar diberi petunjuk.

Fadzil Ahmad berkata... [Reply to comment]

wahh. Di dalam setiap kartun pun banyak juga pengajaran ye. Lama benar tak tengok naruto ni. Zaman budak2 melayan la. Tapi sekadar melayan jela. Tk amik pengajaran pun kecik2 dulu 🤣

Mawardi Yunus berkata... [Reply to comment]

Bagus tu bro. dalam tak sedar banyak hal dalam dunia ni boleh bagi pengajaran kat kita walaupun ia sekadar animasi filem je. Btw tq atas perkongsian ni

mek yunie berkata... [Reply to comment]

buat keputusan kadang orang sekeliling mempengaruhi. then sebenarnya kita dalam terdesak untuk memilih. pilih yang puas hati kita, yang tak langgar perintah agama. cukup untuk bawa diri kita ke syurga, insyaallah.

apekinahdotcom berkata... [Reply to comment]

Tak berapa layan sangat dengan cerita Naruto ni huhu. Buat satu keputusan bukan satu perkara yang mudah. Walaupun cuma kata ya atau tidak, tapi dengan hanya satu perkataan akan mengubah segalanya. Sebab tu sebelum buat apa-apa keputusan minta petunjuk dari Allah betul ke tidak keputusan tu. Semoga keputusan yang dipilih akan memberi kebaikan kepada semua

Zharif Azis berkata... [Reply to comment]

wahhhh peminat anime rupanya. baguslah ambil pengajaran dalam cerita anime dan kaitkan dengan kehidupan sebenar. banyak pengajaran boleh diambil.

Mahamahu berkata... [Reply to comment]

Ala kita ni bukan lah peminat setia Naruto ni hehehehe tapi ada juga yang bagus pada animasi ni yang boleh dijadikan pengajaran selain daripada hiburan dan juga untuk berseronok sahaja hehehehe bagus lah nasihat yang diberikan...

Aiman berkata... [Reply to comment]

noruto ni terlalu sarat dengan pengajaran. untuk kes uchiha ni, aku setuju dengan perbuatan dia. lagi pun dia ni cool sangat la hehe

Cik Min berkata... [Reply to comment]

Yup..kadang kala susah nak buat keputusan yang lebih baik. Sebab tu kalo kak min, kak min suka bertenang seketika dan kemudian pikir buruk baik sesuatu sebelum buat keputusan sebab keputusan yg dibuat secara terburu2 selalu je salah

AlongMurni berkata... [Reply to comment]

Sama seperti adik AM mmg peminat anime sampai siap ada koleksi.. Tapi bagus bila setiap watak anime nie ada pengajaran yg dapat kita ambil buat panduan dlm hidup.. Jgn cepat melatah bila dgr sesuatu berita, sebaiknya selidik dahulu n pertimbangankan mengikut waras akal.. Moga yg terbaik utk kita.

Farhana Jafri berkata... [Reply to comment]

tak layan naruto but nice lah dapat pengajaran dari benda yang kita minat. Dunia sekarang ni kena pilih the lesser evil or worst damage between two choices.

Siti Awadah berkata... [Reply to comment]

tak pernah layan naruto semua ni tapi anak sulung mmg minat la animax jepun.. ari2 tgk kt umah.. dalam membuat keputusan pula , x di nafikan kdg rasa betul dan kdg rasa salah... yg penting apasaja kena fikir dulu



Entry Paling Best

--------------