pengikut pemudattbc

Ahad, 25 Ogos 2019

Lagu Patriotik Untuk Hari Kemerdekaan Malaysia



Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Apa khabar anda semua, harap semua sihat-sihat belaka. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita akan mendapat syafaat di sana. Bagaimana cuaca tempat anda? Di tempat naim, musim hujan ketika ini. Semoga anda semua rancang plan sebelum melakukan satu-satu aktiviti. 

Sedar tak sedar, kurang seminggu lagi untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 tahun ini. Sudah 62 tahun kita mencapai kemerdekaan , Subbna Allah ini nikmat yang Allah bagi pada generasi sekarang. Jika bersembang pada generasi terdahulu,  mereka akan menceritakan bagaimana perit dan payah di dalam penjajahan . Naim bersembang dengan orang tua di kampung Naim, mereka menceritakan nak makan pun susah pada ketika zaman penjajahan. Ada ketika hanya makan ubi kayu rebus sahaja dan makan pucuk-pucuk kayu dan ulam-ulaman kerana ketika itu susah mendapat beras.

Ia sangat berbeza pada kita generasi sekarang pada zaman serba canggih pada tahun 2019. Jika kita berasa lapar senang sahaja, order melalui apps seperti FoodPanda tak pun GrabFood. Jangan kita kufur nikmat yang Allah kurniakan kepada rakyat Malaysia. Kepada orang Islam kena banyakkan berdoa , membaca surah yassin dan solat hajat kepada Allah, semoga Allah menjaga negara Malaysia dari segala bencana, musibah hatta bala daripada orang-orang yang dengki dan memusuhi keamanan negara kita Malaysia yang tercinta.

Sebut sahaja lagu patriotik sering di mainkan ketika musim kemerdekaan iaitu lagu Almarhum Sudirman -Tanggal 31 Ogos.



Kenapa lagu ini bersesuai? Kerana Almarhum Sudirman sangat peka dengan  masyarakat Malaysia . Lirik pun senang di hafal kan, 31 bulan 8 57 hari yang mulia negaraku merdeka.Jika ada soalan untuk peperiksaan, sememangnya lagu ini di hafal untuk mengingati tarikh keramat kemerdekaan Tanah Melayu. Selain itu, lagu Almarhum yang bertajuk Warisan sememang dekat di hati masyarakat Malaysia.



Oleh itu, kepada semua lapisan masyarakat Malaysia yang amnya Bangsa Melayu, Cina dan India. Jagalah negara Malaysia seperti kalian menjaga barang-barang yang akan sayangi. Kerana mencintai negara adalah sebahagian iman. Ingatlah untuk mencapai kemerdekaan bukan satu benda yang mudah. Beribu-ribu tentera kita telah syahid (terkorban di medan perjuangan) . Jangan ada musuh di dalam selimut untuk merobek kemerdekaan di Malaysia ini. Ingatlah pengkhinat negara, jika anda rasa untuk khianati negara Malaysia. Rakyat Malaysia akan wake up untuk mempertahankan negara ini sehingga titisan darah terakhir.

Kepada generasi muda, jangan kalian terus di jajah dengan penjajahan moden melalui hiburan yang melampau, jangan tidak mengambil kisah pasal negara. Kerana kalian adalah generasi akan memimpin negara ini kelak. Ambil tahu perihal politik semasa tanah air. Sedarlah ada musuh ingin conquer anda dari dalam negara hatta di luar sama.

20 comments:

Cik Lily Putih berkata... [Reply to comment]

suker lagu-lagu patriotik nie, tapi banyak dah lupa. kena ulang balik kali nyanyi baru boleh ingat balik hah..

mamapp berkata... [Reply to comment]

Allahyarham sudirman byk Nyanyi lagu patriotik. Best2 pula tu

Fadima Mooneira berkata... [Reply to comment]

Yahhhooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!! I love patriotic songs. My Top favorite is

1) Warisan - Sudirman
2) Gemuruh- Faizal Tahir
3) Standing In The Eyes of The World
4) Nyalakan Tekad
5) Bahtera Merdeka.

Ezna berkata... [Reply to comment]

Suka lagu Faizal Tahir yang bertajuk Malaysia. Suka lagu ni sebab pernah menonton filem Ini Kalilah. Rasa naik bulu roma bila sebut Ku Malaysia....rasa patriotik sangat!

adianiez AIDA berkata... [Reply to comment]

aida sgt suka lagu Malaysia - Faizal Tahir.
terbaik.
lirik nyer sgt menarik perhatian, mudah faham dan tone lagu nyer sedap :)
moga semua sedar bhw merdeka ni tak mudah.
kalau tak dek kerana perjuangan org dulu kala, takkan la kita dpt tinggal se aman ni.
so, jgn la lupa daratan. jgn la lupa asal usul.
hargai lah.

mek yunie berkata... [Reply to comment]

yang joe flizow tu dah tak masuk dalam hati dah. takat sam bunkface nyanyi tahun lepas boleh lagi follow. lagu baru tapi dah tak melekat patriotiknya tu. rohnya tak ada.

Fadzil Ahmad berkata... [Reply to comment]

Fuh. Lagu lejen ni. Sentiasa dalam ingatan. Rasa berbangga pulak jadi rakyat malaysia. Berbilang kaum, masih aman damai. Hormat sesama kita. Tapi tulah, ada je orang laga2 kan kita. Hopefully kita semua tetap bersatu pertahankan kemerdekaan ini

AyuArjuna BiGoshh berkata... [Reply to comment]

Lagu patriotik macam lagu bernyawa. Sarat dengan emosi. Kalau dengar terus rasa bersemangat dalam berjuang mempertahankan tanahair

Siti Awadah berkata... [Reply to comment]

lagi beberapa hari saja nk sambut merdeka... kejap je rasa makin lama negara sambut kemerdekaan ni.. tp sayang tak semua tahu nilai erti merdeka yg sebenar dan tak semua boleh rasa apa yg org2 dulu rasa.... betapa susahnya nk capai tahap ni

Aerill Hassan berkata... [Reply to comment]

Suka dengar lagu2 parriotik zaman sekolah dulu, macam jalur gemilang & keranamu malaysia. Hafal liriknya sampai sekarang! Haha

Syiera Firdaus berkata... [Reply to comment]

Ketiga-tiga lagu favourite syira. Cuma lagu Joe's negaraku tu nafas baru sikit. Sesuai la dengan generasi muda kita.

mrsliez berkata... [Reply to comment]

Dah banyak lagu utk hari kemerdekaan yag boleh didengarkan.. tapi lagu warisan dari arwah sudirman juga yang best.naik semangat dalam diri.. semoga kita tak lupa akan pengorbanan tok nenek kita yang berjaya memerdekakan Malaysia

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Lagu dulu mmg beri semnagat dlam diri.. Dapat rasa pejuang memperjuangkan negara.. Sekrg pelik2 lagu.. Hahhaa.. Kan sekrng macam2 hal berlaku.. Sebb tu nak didik anak kene perlu ketat sikit sekrg..

Rina berkata... [Reply to comment]

Wow old is gold they say. Love this by Sudirman. Gives me goosebumps when i hear it.

Qaseh Dalia berkata... [Reply to comment]

Yup suka dengar, lirik dia penuh semangat gitu, meremang dengar. Paling suka lagu merdeka

budakbandunglaici berkata... [Reply to comment]

waktu zaman sekolah bila masuk bulan Ogos mesti tiap pagi sekolah pasang lagu patriotik. baru bersemangat nak sambut hari merdeka kan. lagi-lagi ada pertandingan hias kelas tema malaysia. axcited habis

HALIMAH BINTI MUHIDEN berkata... [Reply to comment]

Bila dgr suara arwah sudirman nyanyi rasa sedih sgt, paling kak xlupa sbb lagu Warisan buat koir kami mbg tpt pertama

Wawa Ashihara berkata... [Reply to comment]

Suka dgr lagu2 patriotik zmn2 dulu dan yg latest faizal tahir.. Sebab semangat sgt kalau nyanyi.. Makna dia mendalam sgt. Tp lagu yg baru ni xfeel sgt lak. Huhu..lagu sudirman punya paling legend

aeinnamusa berkata... [Reply to comment]

Sedap sedap lagi patriotic negara kita ni. Tetibe tahun ni macam semangat patriotik tu lain macam berkobar kobar hehe thanx for write up yang sangat bagus. Suka baca

LizzaBella berkata... [Reply to comment]

I sangat suka lagu2 Allahyarham Sudirman. Lirik lagu2 beliau banyak yang membawa seribu makna, berbeza dengan lagu2 sekarang ni. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!



Entry Paling Best

--------------