pengikut pemudattbc

Jumaat, 22 Mei 2020

Panduan Solat Sunat Aidilfitri dan Khutbah Raya



Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bermula dengan terbenam matahari hari terakhir bulan Ramadhan.

TAKBIR HARI RAYA AIDIL FITRI

Sunat memperbanyakkan takbir setelah masuk waktu maghrib malam hari raya sebagai tanda mengagungkan Allah yang menganugerahkan peluang beribadah pada bulan Ramadhan dan mensyukuri nikmat petunjuk dan hidayah. Firman Allah Ta’ala:

وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2: 185)

WAKTU TAKBIR AIDIL FITRI
Bermula dengan masuk maghrib malam hari raya dan berakhir dengan Takbiratul Ihram imam menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Sunat bertakbir di rumah, masjid, jalanan dan di tempat-tempat awam.

LAFAZ TAKBIR

(اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَلِلَّهِ الْحَمْدُ (3 كالي
Sunat selepas takbir yang ketiga mengucapkan:

اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ .

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

(1) Afdhal membayar zakat fitrah selepas solat subuh pada hari raya dan sebelum solat sunat hari raya.
(2) Harus membayar zakat fitrah sepanjang bulan Ramadhan.
(3) Makruh menangguhkan membayar zakat fitrah selepas solat solat sunat hari raya.
(4) Haram menangguhkan membayar zakat fitrah sehingga berakhir hari raya pertama tanpa sebarang uzur.
PERKARA SUNAT SEBELUM SOLAT SUNAT HARI RAYA
(1) Mandi Sunat Hari Raya. (Mandi seperti biasa dengan niat: Sahaja aku mandi sunat hari raya.)
(2) Berhias, memakai pakaian yang terbaik dan memakai haruman.
(3) Menjamah sedikit makanan (yang afdhal: buah kurma) sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil Fitri.

PANDUAN SOLAT SUNAT AIDIL FITRI

Hukum melakukan Solat Sunat Aidil Fitri adalah sunad muakkad. Solat ini afdhal dilakukan secara berjemaah dan lebih afdal di masjid, surau ataupun di kawasan yang lapang dan terbuka. Boleh juga melakukannya di rumah. Solat ini juga boleh dilakukan secara bersendirian bagi mereka yang tiada peluang hadir berjemaah atau ketinggalan daripada jemaah.

Waktu Solat Sunat Aidil Fitri ialah selepas terbitnya matahari dan berpanjangan sehingga sebelum tergelincir matahari (zohor). Solat Sunat Aidil Fitri afdhal dilakukan saat matahari tinggi segalah ( awal waktu dhuha atau lebih kurang 28 minit selepas waktu isyra’)

TATACARA SOLAT

Solat Sunat Aidil Fitri boleh dilakukan dengan dua cara:

Pertama: Sekurang-kurang solat sunat Aidil Fitri itu ialah solat dua rakaat seperti solat sunat wudhuk.
Kedua: Cara yang akmal (sempurna) adalah melakukan solat dua rakaat seperti solat sunat wudhuk tetapi ada perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir. Caranya seperti berikut:
Rakaat Pertama:
Lafaz niat:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.

Dimulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat ini di dalam hati.
Membaca doa iftitah.
Bertakbir tujuh kali dan setiap kali takbir diikuti dengan bacaan tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر

Membaca surah al-Fatihah.
Membaca mana-mana surah al-Quran (Afdhal membaca surah al-A’laa).
Meneruskan solat dengan ruku’ dan perbuatan seterusnya sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir bangun dari sujud ke rakaat kedua).
Bertakbir lima kali dan setiap kali takbir diikuti dengan bacaan tasbih seperti di atas.
Membaca surah al-Fatihah.
Membaca mana-mana surah al-Quran (Afdhal membaca surah al-Ghasiyah).
Meneruskan solat dengan ruku’ dan perbuatan seterusnya sehingga selesai rakaat kedua.
Memberi salam.

KHUTBAH AIDIL FITRI (SELEPAS SOLAT SUNAT )

(1) Sunat Khutbah Aidil Fitri bagi yang solat berjemaah.
(2) Tidak sunat khutbah bagi yang solat sendirian.
Boleh muat turun teks khutbah lengkap di sini (MUAT TURUN: KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITIRI)

Khutbah Aidil Fitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

UCAPAN SUNAT DI HARI RAYA
Dari Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berjumpa dengan hari ‘ied (Aidil Fitri atau Aidil Adha, penyusun), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan.

Rujukan:

Matla’ al-Badrain, Syiekh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatoni.
Mausu’ah Feqh as-Shiyam, Abu Qutaibah Rasyidi Abdurragman al-Fatoni.

artikel ini di ambil daripada ( Panduan Solat Sunat Aidilfitri dan Khutbah Raya )

5 comments:

Abam Kie berkata... [Reply to comment]

tgh study nak jd imam solat aidil fitri plak.

Semut Senyum berkata... [Reply to comment]

Assalamualaikum .. Terima kasih atas perkongsian ini. Sempat study balik sebelum praktik raya nanti.

atiehilmi.com berkata... [Reply to comment]

semoga kita berjumpa dengan ramadhan tahun berikut berikut berikutnya..

Rodiah Amir berkata... [Reply to comment]

Assalamualaikum..kenapa guna gambar saya tanpa kebenaran ya? Lebih elok kalau minta izin dulu sebelum guna.

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Rodiah Amir Demi menghormati hak puan, saya delete gambar di dalam artikel saya..


cuma saya tidak tahu itu copyright, sebab gambar tersebut saya google di sini :

https://www.google.com/search?q=Panduan+Solat+Sunat+Aidilfitri+dan+Khutbah+Raya.&rlz=1C1CHWL_enMY762MY762&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwi-x9bTtMbpAhVpzTgGHU5eAZ8Q_AUoAXoECAwQAw&biw=1366&bih=657#imgrc=iAX6wTtiLUBl5M



Entry Paling Best

--------------