Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat. Pagi ini kita mulai dengan berselawat kepada Nabi Muhammad. Kerana berkat berselawat, kehidupan kita akan lebih bermakna dalam kehidupan kita semua.

Pada pagi ini, Naim ingin share nasyid bertema Rabiuawwal di bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad.Dengan dengar nasyid ini boleh menambah kerinduan kita kepada Nabi Muhammad. Kerana kita sudah berpisah dengan Nabi sudah 1400 tahun. Semoga berkat berselawat kepada Baginda, kelak di akhirat Nabi Muhammad mengenal kita semua. Insha Allah.

Nasyid yang Naim nak share lagu pada hari ini ialah dari Rabbani yang bertajuk Junjungan Mulia. Siapa yang tidak mengenal dengan kumpulan Rabbani yang sangat popular pada sekitar tahun 90-an. Di tambah kelunakkan suara Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Kerana suara beliau yang sangat menikam jiwa dan perasaan Naim.

Jom kita layan lirik dan kita hayati lirik :-

LIRIK

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia
Penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
12 rabiulawal yang cerah
20 april tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira
Menyambutnya
Dialah putera yang utama

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
12 rabiulawal yang cerah
20 april tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah


Muhammad nama diberi
Nama yang terpuji
Iman Ilahi
Sangat mensyukuri
Terima putera yang berbakti

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
12 rabiulawal yang cerah
20 april tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah

VIDEO


Akhir sekali, Naim harap nasyid ini menambah kasih sayang dan kerinduan yang tinggi kepada Nabi Muhammad.

2 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama