kredit : fandom naruto


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ini sambungan dari entri pada pagi tadi dan ia akan menjadi penutup. Rakan Blogger Naim iaitu Atie bertanya, kenapa sharing sedih-sedih? Satgi Naim rungkai sedikit, stay tuned.

Selepas pertemuan pertama di antara Naruto dan Minato telah membuka lembaran baharu di dalam kehidupan Naruto. Kerana selepas pertarungan di antara Naruto dengan Pain yang telah memusnahkan kampung konoha . Telah membuat orang kampung Konoha sendiri mengiktiraf kewujudan Naruto dan beliau telah di anggap sebagai hero kampung. Ya, setiap orang ada pelbagai masalah peribadi bukan semua akan di luahkan kepada umum dan ada ruang untuk di luahkan bertepatan masa dan tempat jua.

Kehidupan seorang anak yatim piatu bukan semua akan memahami dan menyelami kehidupan mereka. Sebagai contoh di dalam siri anime ini dan creator telah membawa kita menyelami kehidupan mereka di alam anime supaya kita yang berada alam nyata lebih merasai syukur.


Peranan Ibu Bapa jua memainkan peranan penting di dalam kehidupan seorang anak. Perasaan berbaur sedih dan gembira di dalam jiwa naruto menruntuhkan ego seorang lelaki seperti Naim, kerana perasaan sedih pabila babak pertemuan akhir Naruto dan Minato menguris perasaan ini.


Apakah pengajaran akhr yang boleh kita simpulkan dari babak anime Naruto?

1) Hormati ibubapa selagi mereka masih ada di sisi kita

2)Sentiasa mendengar kata apa yang mereka tuturkan dan patuh apa yang mereka larang ke atas diri kita.

3) Dalam Islam, telah mengajarkan kita sebagai anak kena menghormati ibu bapa lebih utama.

4) Semoga kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa kita semua.

Akhir kalam dari Naim, Naim harap semua sentiasa ada sikap berbuat baik kepada ibu bapa selagi mereka ada di sisi kita. Jika mereka sudah tiada, sedekah doa dan surah al-fatihah agar roh mereka tenang di sana. Insha ALlah, Amin~. Naim ingat lagi pesanan seorang ulama, beliau berkata, jika mahu kelak ada anak yang soleh dan solehah. Kamu kena menjadi soleh dan solehah kepada ibu bapa kita. Contoh yang paling dekat dengan kita semua bagi orang Islam khususnya iaitu Nabi Muhammad. Kerana Nabi Muhammad adalah role model yang utama.

2 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. first jumpa ditumbuknya perut Minato! then dia ckp, betapa susahnya dia nak jadi terbaik sbb nak kan perhatian :(

    BalasPadam
  2. betul tu naim, menghargai orang tua itu indah :)

    BalasPadam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama