Kredit : Facebook K.D.M Klang Valley Football Club


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka. Dengan ini Naim ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua sahabat-sahabat. Semoga kita hayati pergorbanan Nabi kita Nabi Muhammad di dalam menyebarkan risalah tauhid dan pergorbanan Nabi terhadap kita umat di akhir zaman ini.

Di hari yang mulia ini, jom kita banyakkan berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad agar Nabi Muhammad gembira kerana kita sentiasa mengingati Nabi tatkala baginda sudah tiada di dunia tetapi Nabi tetap hadir di dalam hati-hati kita semua. Semoga Allah mengampun dosa-dosa kita semua jika terlupa kepada junjungan besar Nabi Muhammad.


Naim ingin memetik beberapa nasihat dari Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari hafizahullah:

"Sekurang-kurang menyambut Maulidur Rasul shallallahu 'alaihi wasallam itu ada LIMA :

PERTAMA, Menghadirkan rasa suka dan gembira, yakni gembira semata-mata dengan kelahiran Baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

KEDUA, Menyebut nama Nabi Saiyiduna Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dengan sengaja dan penuh hormat, serta disusuli dengan berselawat ke atasnya.

KETIGA, Menzahirkan rasa syukur kepada Allah Ta'ala kerana terpilih menjadi umat Baginda shallallahu 'alaihi wasallam.

KEEMPAT, Berazam ingin selalu menggembirakan Baginda shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak mahu lagi menyakiti hati Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

KELIMA, Menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada siapa sahaja yang telah mengenalkannya kepada Baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam."

Kata syeikhuna lagi: "Kelima-lima cara tersebut dapat dilakukan oleh semua umat Islam baik lelaki mahupun perempuan, walaupun ketika bersendirian. Samada sedang bertugas, berada di penjara, di hutan, dalam bas, dalam kapal terbang, dalam kereta, atas motor, atas sampan, tengah memasak, lipat kain, atau ketika mendodoikan anak."

Kata syeikhuna hafizahullah lagi: "Selama kita hidup, jangan sampai nama kita tidak tersenarai dalam senarai orang yang pernah bergembira menyambut kelahiran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yang merupakan Rahmat bagi sekelian alam."

Semoga kita semua mengambil manfaat ya.

9 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama