Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua. Sejak dua tiga hari lepas ada viral satu gambar yang mana pelajar sekolah menengah rasa baru sahaja lepas menajawab peperiksaan SPM. Yang mendukacita semua orang baju mereka menconteng satu perkataan yang kurang enak di tulis di dalam entri ini. Tulisan itu lebih kepada kata-kata kesat kepada guru.

Melihat pada gambar tersebut, perasaan Naim sudah hendak marah, geram kalau dapat budak itu mesti sakit. Kita lihat generasi sekarang sudah tidak ada adab dengan guru. Jika tidak ada adab dengan guru makalah hilang keberkatan ilmu di dada mereka. JIka sang guru tidak redha akan ilmunya kepada pelajar tersebut maka ibarat manusia orang gila di padang pasir mencari setitik air untuk menghiangkan kehausan. Naim cukup sedih melihat generasi sekarang, tambahan pula ada anak-anak saudara sedang membesar di suasana yang agar mencabar. Mencabar dari segi apa yang menrisaukan Naim iaitu suasana tidak aman dari penerimaan dari rakan-rakan.

Kerana kanak-kanak seawal umur 7 tahun menerima apa sahaja yang mereka dengar daripada pertuturan sekeliling mereka sama ada abang, kakak, ibu bapa hatta  orang awam . Seusia itu sekelilingi mereka menjadi Guru tanpa tauliah dan mereka akan terus mengungkap apa sahaja yang mereka di dengari tanpa rasa perasaaan dan ia spontan keluar di lidah mereka. Di waktu itu mesti terkejut kan. Begitulah watak mereka sedang membesar pada 6 7 tahun akan datang jika mereka melangkah ke alam sekolah menengah.

Di alam sekolah menengah mereka akan lebih terdedah pelbagai jenis ragam jenis manusia. Jika tidak ada didikan asas daripada ibu bapa di rumah mesti mereka akan terikut-ikut perangai rakan sebaya jika baik rakannya diri mereka terbias kepada kebaikan tersebut.Melihat gambar yang sedang hangat waktu sekarang (viral) Naim tidak tahu hendak cakap apa, Cuma mintak Allah memelihara anak-anak saudara yang sedang membesar daripada sifat kurang ajar terhadap guru-guru mereka. Kerana kurang ajar kepada Guru ia mengakibatkan kehilangan keberkatan ilmu di dada mereka kelak.



Yang pasti jiwa mereka masih memberontak dan menanggap sekolah ibarat penjara kehidupan yang mana mesti kena ikutan peraturan-peraturan itu adalah untuk membentuk salsiah diri mereka jua. Akibat mereka  terus lalai dengan dunia palsu mereka. Berfoya-foya dengan kehidupan fana mereka , mereka akan kekal khayal jika tidak ada ilmu mereka bisa boleh meneruskan kehidupan . Akan tetapi, mereka telah silap. Tanpa ilmu di dada, mereka akan sesat di dalam dunia penuh pancaroba. Bukan kes ini menconteng kata-kata kesat di baju. Ada satu kes lagi membuang buku-buku teks ke dalam sungai.

Apa hendak jadi dengan generasi sekarang ini? Makin bebal dengan akhlak yang makin menipis di dada mereka. Emosi kita sekarang sememang tidak mampu mengubah keadaan menjadi normal kembali. Tetapi dengan usaha yang ada mampu membentuk mereka yang masih di sekolah agar tidak kurang ajar dengan  para guru-guru mereka. Asbab itu Islam telah memuliakan para guru ibarat Lilin.

LILIN PERSIS SEORANG GURU?

Mari kita lihat pada zahir lilin. badan dia putih di dalam putih tersebut ada sumbu yang mengeluarkan cahaya. Guru ibarat cahaya yang menerangi kegelapan malam. Malam yang tidak ada cahaya ia menjadi malam sangat gelap gulita yang mana keadaan menjadi tidak menarik. Bagaimana hadir cahaya pada malam tersebut, ia menjadi malam yang sangat indah sekali.

Begitulah dengan lilin yang di ibarat seorang Guru yang mulia. Guru sahaja yang sanggup mengorbankan masa untuk mendidik anak-anak pelajar mereka sehingga berjaya. Jika berjaya seseorang tersebut, mesti mereka tanya siapa sebalik kejayaan tersebut selepas ibu bapa mereka dan ia di sebut seorang guru.

Oleh itu, hargai guru-guru yang ada, dan wahai adik-adik ku jangan kamu derhaka kepada guru-guru kamu. Jika derhaka , keberkatan ilmu akan hilang di dada kamu, pergi ke mana sahaja kamu ibarat orang gila mencari makna kehidupan yang mana anda tidak tahu hendak tuju kelak.



7 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. sekarang di internet media sosial banyak budaya barat yang tak elok dapat dilihat tanpa sebarang tapisan.. remaja ni sifat ingin tahu dan mencuba tinggi.. malah belum boleh menilai kesannya pada diri sendiri nanti. :)

    BalasPadam
  2. banyak tgk cita omputih ni, sbb tu jadi mcm ni ! ahaha tak ambik yg baik baik, ambik yg buruk2 saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. Yang itu juga maslaah yang besar juga hahha

      Padam
  3. bila sekolah terlalu berorientasikan peperiksaan... cikgu nak selit adab dan moral pun tak sempat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambahan pula dengan situasi sekarang yang tak boleh berjumpa face to face..

      Padam
  4. sedih sangat dengn perangai mereka (tak semua tapi segelintir), mudah sangat terikut-ikut... sedangkan guru-guru tu dh berkongsi ilmu, entah berterima kasih pun tidak sekali makian yang dibalas... sayangnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya , kita doakan mereka kembali jalan yang benar. :)

      Padam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama